Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 26 Oktober 2018

TERBARU! 5 Negeri Termaju di Malaysia [KEMASKINI 2018]

0 comments
Berikut adalah carta terbaru negeri-negeri termaju di Malaysia berdasarkan Indeks Pembangunan Manusia.


05. JOHOR DARUL TA'ZIM [HDI - 0.798]

Kredit: my1-cdn.pgimgs.com
Johor merupakan sebuah negeri yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan salah sebuah negara termaju di dunia, iaitu Singapura. Johor termasuk dalam 5 buah negeri yang menjadi penyumbang ekonomi terbesar, selain menjadi salah sebuah negeri yang mempunyai penduduk teramai di Malaysia.


04. MELAKA [HDI - 0.804]

Kredit: www.lima.com.my
Melaka merupakan negeri tertua di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai bandar bersejarah. Menyimpan banyak khazanah-khazanah lama. Walaupun negerinya kecil, tetapi pendapatan per kapita rakyatnya agak tinggi.


03. TERENGGANU DARUL IMAN [HDI - 0.807]

Kredit: southeastasiabackpacker.com
Saya amat terkejut apabila Terengganu yang merupakan negeri majoriti Melayu dan Islam termasuk dalam 5 buah negeri termaju di Malaysia. Banyak destinasi pelancongan yang terdapat di sini, selain binaan struktur-struktur bangunan yang agak menarik. Terengganu juga pernah dinobatkan sebagai negeri terbersih di Malaysia. Terengganu membuktikan bahawa kemajuan dan kekayaan tidak dikongkong oleh sentimen agama dan perkauman.


02. PULAU PINANG [HDI - 0.828]

Kredit: static.asiawebdirect.com
Pulau Pinang termasuk dalam kategori negeri-negeri terbaik di Malaysia. Walaupun negerinya kecil, tetapi menjadi daya tarikan pelancong tertinggi di negara ini. Selain mencapai indeks akauntabiliti yang tertinggi, Penang juga menjadi negeri yang memiliki hutang yang terendah. Penang turut termasuk dalam 5 negeri terkaya di Malaysia.


01. SELANGOR DARUL EHSAN [HDI - 0.881]

Kredit: static.panoramio.com
Sudah tentu Selangor yang menjuarai negeri termaju di Malaysia! Di Selangor inilah, banyak pelabur yang datang untuk melabur bagi kemajuan negeri ini. Selain memiliki populasi terbesar, Selangor juga menjadi negeri penyumbang ekonomi terbesar serta termasuk dalam 5 negeri terkaya di Malaysia.


Sumber: Wikipedia


Nota kaki: Carta ini tidak melibatkan Wilayah Persekutuan, di mana Kuala Lumpur mencatat HDI sebanyak 0.861, Labuan sebanyak 0.672 dan Putrajaya sebanyak 0.901!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook