Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 15 Ogos 2018

HIDS - 16 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Terdapat beberapa peristiwa menarik yang berlaku pada tarikh 16 Ogos sepanjang zaman. Malangnya, tiada peristiwa yang benar-benar menarik atau sahih dari segi tarikh kejadian. Jadi untuk hari ini, penulis hanya kongsikan hari lahir dan hari kematian seseorang. 


HARI LAHIR:

01. Umaru Musa Yar'Adua (1951)

Kredit: The Guardian Nigeria
Umaru Musa Yar'Adua dilahirkan pada 16 Ogos 1951 di Katsina, Katsina Nigeria. Beliau meninggal dunia pada 5 Mei 2010 di Aso Villa, Abuja, Nigeria. Merupakan Presiden ke-13 Nigeria yang berkhidmat dari 29 Mei 2007 hingga 5 Mei 2010.


02. Madonna (1958)

Kredit: Billboard
Madonna Louise Ciccone, atau hanya dikenali sebagai Madonna merupakan seorang artis Amerika terkenal suatu ketika dahulu. Dilahirkan pada 15 Ogos 1958 di Bay City, Michigan, AS. Sekarang, beliau menetap di Lisbon, Portugal. Masih aktif sehingga sekarang. 


KEMATIAN:

01. Jacob Bernoulli (1705)

Kredit: Wikipedia
Jacob Bernoulli merupakan seorang ahli Matematik yang terkenal dengan persamaannya serta sumbangannya, yang antaranya dalam bidang Fizik. Lahir pada 27 Disember 1654 di Basel, Switzerland dan meninggal dunia pada 16 Ogos 1705 di tempat yang sama.


02. Alfredo Stroessner (2006)

Kredit: Famous People
Alfredo Stroessner Matiauda dilahirkan pada 3 November 1912 di EncarnaciĆ³n, Paraguay dan meninggal dunia pada 16 Ogos 2006 di Brasilia, Brazil. Beliau merupakan presiden ke-42 Paraguay dan pernah dikenali sebagai diktator bagi negara berkenaan. Beliau memegang jawatan presiden dari 15 Ogos 1954 dan dijatuhkan melalui rampasan kuasa tentera pada 3 Februari 1989, kerana terlalu lama memegang tampuk pemerintahan. Ditambah lagi, beliau terlibat dalam tuduhan pengambilan dadah Kokain serta kes liwat. Beliau kemudiannya lari ke Brazil dan menetap di sana sehingga akhir hayat beliau, disebabkan demontrasi yang berlaku pada zaman beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook