Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 15 Ogos 2018

HIDS - 15 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah sejarah menarik yang berlaku pada tarikh 15 Ogos sepanjang sejarah?


01. Perang Yarmuk bermula (636)

Kredit: Epic World History
Perang Yarmuk merupakan salah sebuah peperangan yang berlaku sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, di mana pada ketika itu, tentera Islam diketuai oleh Khalid al-Walid bersama 40,000 tentera melawan  Theodore Trithyrius bersama 200,000 tentera Rom Byzantine berhampiran Sungai Yarmuk, Syria. Perang ini berlangsung selama 6 hari, dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Akhirnya, Levant ditawan oleh tentera Islam.


02. Bandar Panama diasaskan (1519)

Kredit: Air France - Corporate
Bandar Panama yang merupakan ibu negara Panama diasaskan pada 15 Ogos 1519 oleh Pedro Arias de Ávila.


03. Asuncion diasaskan (1537)

Kredit: Live and Invest Overseas
Asuncion yang merupakan ibu negara dan juga bandar terbesar di Paraguay diasaskan pada 15 Ogos 1537.


04. Arequipa diasaskan (1540)

Kredit: Peru Hop
Arequipa merupakan sebuah daerah yang terletak di barat daya Peru. Ianya diasaskan pada 15 Ogos 1540. Bandar Arequipa merupakan bandar kedua terbesar di Peru.


05. Korea memperoleh kemerdekaan (1945)

Kredit: Wikipedia
Semenanjung Korea memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan Jepun pada 15 Ogos 1945. Dahulunya, Korea masih bersatu, sebelum mereka berpecah kepada Republik (Selatan) dan Republik Demokratik (Utara).



06. India memperoleh kemerdekaan (1947)

Kredit: Wikipedia

India, merupakan negara demokrasi terbesar, memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan 190 tahun oleh British pada 15 Ogos 1947. 


07. Republik Kongo memperoleh kemerdekaan (1960)

Kredit: Wikipedia
Republik Kongo memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan Perancis pada 15 Ogos 1960. Kongo merupakan salah sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Dan jangan tertukar dengan Republik Demokratik Kongo. Ia tidak sama.


08. Bahrain memperoleh kemerdekaan (1971)

Kredit: Wikipedia
Bahrain merupakan negara Arab yang terletak di Semenanjung Arab. Memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan British pada 15 Ogos 1971. 


09. Gempa bumi Peru (2007)

Kredit: PBworks
Pada 15 Ogos 2007, berlaku satu gempa bumi berskala 8.0 skala richter di kawasan pantai Pasifik di Peru. Ia melanda daerah Ica dan Lima. Gempa bumi itu berkedalaman 39 km. Sekurang-kurangnya 519 terkorban, manakala 1,366 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi ini.


10. Penemuan Olinguito (2013)

Kredit: Smithsonian Insider
Pada 15 Ogos 2013, sebuah institusi Smithsonian telah mengumumkan penemuan spesis yang dinamakan Olinguito. Olinguito bermaksud "Beruang Kucing" yang berada dalam kumpulan Karnivor, keluarga Procyonidae. Nama saintifiknya ialah Bassaricyon neblina. Spesis ini ditemui di hutan Montane di pergunungan Andes, barat Colombia dan Ecuador. Spesis ini tergolong dalam kategori "Baru Terancam" dengan indeks IUCN sebanyak 3.1. 


HARI LAHIR:

Napoleon Bonaparte (1769)

Kredit: Fine Art America
Napoleon Bonaparte merupakan jeneral perang serta maharaja Perancis yang hebat dan ternama suatu ketika dahulu. Dilahirkan pada 15 Ogos 1769 di Ajaccio, Corsica, Perancis dan meninggal dunia pada Longwood, Saint Helena, United Kingdom pada 5 Mei 1821 setelah menjadi buangan. 


KEMATIAN:

Imam Hanifa/Hanafi (767)

Kredit: Kang Adhim - WordPress.com
Imam Abu Hanifah atau Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 699 Masihi di Kufah sewaktu pemerintahan khalifah Umayyah (sekarang Kufah adalah sebuah tempat di Iraq). Beliau meninggal dunia pada 15 Ogos 767 di Baghdad sewaktu pemerintahan khalifah Abbasiyah (juga Iraq). Beliau dari etnik Parsi, dan merupakan salah seorang daripada 4 orang imam mazhab besar di dunia, iaitu Mazhab Hanafi yang berpengaruh di Asia Tengah, Khurasan, Turkistan, Syam, Turki, Mesir, Kaukasus serta di tanah orang Bangla dan beberapa kawasan di Eropah Timur. Mazhab beliau adalah yang paling berpengaruh selepas Maliki.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook