Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 13 Ogos 2018

HIDS - 14 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah peristiwa penting berlaku pada tarikh 14 Ogos dalam sejarah?



01. Nombor pendaftaran kenderaan diperkenalkan (1893)

Gambar sekadar hiasan.
Perancis menjadi negara pertama di dunia yang memperkenalkan sistem nombor pendaftaran kenderaan seperti motokar dan motorsikal pada 14 Ogos 1893. Ia kemudiannya diikuti oleh Jerman, 3 tahun selepasnya. 


02. Pakistan merdeka (1947)

Kredit: Wikipedia
Pakistan memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan British pada 14 Ogos 1947, seterusnya menyertai Negara-Negara Komanwel.


03. Bekalan terputus di bahagian Timur Laut (2003)

Kredit: Nones Notes
Pada 14 Ogos 2003, pukul 4.10 petang, bekalan elektrik dan air terputus di bahagian timur laut Amerika Syarikat, dan Kanada. Ianya meliputi New York, New Jersey, Maryland, Connecticut, Massachusetts, Michigan, Ohio dan di Kanada, iaitu Ontario. Keputusan bekalan ini adalah antara yang terbesar dalam sejarah. 


04. Pembunuhan Rabaa (2013)

Kredit: Middle East Monitor
Pada 14 Ogos 2013, kerajaan Mesir di bawah Rejim Abdel Fattah el-Sisi mengisytiharkan darurat setelah pihak keselamatan membunuh ratusan penyokong presiden Mohamed Morsi yang digulingkan melalui rampasan kuasa tentera. Penyokong Morsi yang terdiri daripada Ikhwanul Muslimin mengadakan tunjuk perasaan beramai-ramai di Kaherah bagi menyatakan bantahan berkenaan. Akibatnya, ribuan orang terbunuh akibat serangan oleh pihak keselamatan Mesir. 


HARI LAHIR:

Kofi Kingston (1981)

Kredit: OfficialWWE Wiki - Fandom
Kofi Sarkodie-Mensah, atau dikenali sebagai Kofi Kingston merupakan seorang ahli gusti WWE yang aktif dari tahun 2006 hingga sekarang. Dilahirkan pada 14 Ogos 1981 di Kumasi, Ashanti, Ghana, dan sekarang sedang menetap di Tampa, Florida, Amerika Syarikat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook