Berikut adalah 5 buah negeri di Malaysia yang memperoleh pendapatan dalam negeri per kapita setahun terendah. Adakah negeri anda berada dalam carta 5 ini?
Catatan: Pendapatan per kapita, atau Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) per kapita merujuk kepada berapa banyakkah hasil dalam negeri yang dikumpulkan, dan dibahagikan mengikut jumlah penduduk. Contoh; jika pendapatan dalam negeri adalah RM 1,000, dan penduduk dalam negeri itu adalah 10 orang, maka pendapatan per kapita adalah RM 100. Kenapa perlu dikira KDNK per kapita? Kerana inilah salah satu cara untuk mengenalpasti taraf hidup rakyat dalam sesebuah negeri atau negara. Jika kekayaan ditentukan melalui KDNK sahaja, maka haruslah saya mengatakan bahawa India adalah antara negara terkaya di dunia, sedangkan rakyat mereka ramai yang miskin.
05. Perak: RM 27,246 setahun (RM 2,270 sebulan)
04. Perlis: RM 22,479 setahun (RM 1,873 sebulan)
03. Sabah: RM 21,081 setahun (RM 1,756 sebulan)
02. Kedah: RM 19,152 setahun (RM 1,596 sebulan)
![]() |
synergy-tours.com |
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah kerana kadar kemiskinan di Kelantan sudah semakin menurun dan kadar ekonomi semakin berkembang. Ini bermakna, pemimpin dan rakyat Kelantan menerima kenyataan bahawa Kelantan adalah negeri termiskin. Justeru, mereka sedang berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi di negeri tersebut.
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Walaupun termiskin, Kelantan negeri paling byk byr hutang kpd kerajaan pusat; ms zmn tn guru nik aziz beliau lbh pentingkan membyr htg drp perbelanjaan lain..sy rakyat Terengganu!!
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.
Padam