Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 13 Ogos 2018

HIDS - 13 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Penulis akan cuba ringkaskan sebaik mungkin tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tarikh 13 Ogos sepanjang zaman. Antaranya:


01. Republik Afrika Tengah merdeka (1960)

Kredit: Wikipedia
Republik Afrika Tengah terletak di tengah-tengah benua Afrika. Memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan Perancis pada 13 Ogos 1960.


02. Hari Lahir Fidel Castro (1926)

Kredit: The Independent
Fidel Alejandro Castro Ruz atau dikenali sebagai Fidel Castro dilahirkan pada 13 Ogos 1926 di Biran, Cuba. Beliau meninggal dunia pada 25 November 2016 di Havana. Castro merupakan presiden yang paling lama memerintah negara Cuba, dari 2 Disember 1976 sehinggalah beliau letak jawatan pada 24 Februari 2008, iaitu 31 tahun. Castro merupakan Setiausaha Pertama Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Cuba, dari 24 Jun 1961 hingga 19 April 2011, selama hampir 50 tahun!. Begitu lama, bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook