Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 11 Ogos 2018

HIDS - 12 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Ada beberapa peristiwa menarik berlaku pada setiap hari, tetapi untuk hari ini, tidak banyak yang penulis boleh kongsikan. Antaranya:


01. Spesis Quagga terakhir ditemui mati (1883)

Kredit: animals.howstuffworks.com
Quagga merupakan spesis daripada keluarga Equidae, iaitu keluarga kuda, keldai dan zebra. Nama saintifik - Equus quagga quagga. Quagga mula mengalami kepupusan akibat pemburuan oleh penjajah Belanda dan sesetengah orang Afrika untuk mendapatkan daging serta kulitnya. Spesis terakhir ditangkap oleh penjajah Belanda dan diletakkan di zoo Natura Artis Magistra, Amsterdam, Belanda, yang mana ia ditemui mati di sana pada 12 Ogos 1883. 


02. Satelit Echo 1A dilancarkan (1960)

Kredit: Greg.org
Echo 1A merupakan satelit komunikasi pasif pertama yang dilancarkan oleh NASA pada 12 Ogos 1960. Ianya merupakan satelit belon besi yang bertindak sebagai pemantul isyarat gelombang mikro. 


HARI LAHIR:


01. Klaas-Jan Huntelaar (1983)

Kredit: AD.nl
Klaas-Jan Huntelaar merupakan seorang pemain bola sepak Belanda, dan juga sekarang bermain dalam kelab Belanda, iaitu Ajax. Dilahirkan pada 12 Ogos 1983 di Voor-Drempt, Belanda. 


02. Mario Balotelli (1990)

Kredit: as.com
Mario Balotelli Barwuah, atau dikenali sebagai Mario Balotelli dilahirkan pada 12 Ogos 1990 di Palermo, Itali. Beliau merupakan pemain bola sepak Itali yang sekarang sedang bermain dalam kelab Perancis, Nice. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook