Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 26 Oktober 2018

TERBARU! 5 Negeri Termundur di Malaysia [KEMASKINI 2018]

0 comments
Berikut adalah 5 buah negeri yang masih belum mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang lebih maju di Malaysia. 


05. PAHANG DARUL MAKMUR [HDI - 0.770]

Kredit: Wikipedia
Sungguhpun banyak pembangunan dilakukan di negeri Pahang, namun negeri ini masih sunyi daripada kerancakan pembangunan ekonomi, sosial serta pendidikan. Pahang masih diliputi masalah-masalah yang tidak ditangani dengan baik. 


04. SARAWAK [HDI - 0.757]

Kredit: c1.staticflickr.com
Sungguhpun termasuk dalam 5 negeri terkaya, Sarawak masih mundur. Kemiskinan serta pembangunan infrastruktur di negeri ini masih ketinggalan. Ada yang mendakwa kekayaan negeri Sarawak telah diambil oleh seseorang individu yang berkepentingan. 


03. KEDAH DARUL AMAN [HDI - 0.735]

Kredit: i1.wp.com
Kedah adalah negeri jelapang padi. Malangnya, mereka masih gagal untuk menyaingi negeri-negeri lain di Malaysia. Kedah masih mundur dari segi ekonomi, sosial serta pendidikan.


02. SABAH [HDI - 0.729]

Kredit: static.asiawebdirect.com
Sabah merupakan antara penyumbang ekonomi terbesar di Malaysia. Namun, itu tidak membuatkan Sabah menikmati kekayaan negeri. Rakyat mereka masih ramai yang berada dalam kemiskinan. Tidak banyak pembangunan yang dilakukan di Sabah. Bahkan ada yang mendakwa campur tangan politik menjadi penyebab Sabah masih tenggelam dalam kemunduran.


01. KELANTAN DARUL NAIM [HDI - 0.723]

Kredit: www.holidaygogogo.com
Kalau Selangor dikenali sebagai negeri termaju dan terkaya di Malaysia, Kelantan pula adalah sebaliknya. Walaupun berada di sebelah negeri maju (Terengganu), Kelantan masih gagal untuk bersaing dengan negeri-negeri lain yang lebih maju. Kelantan masih dibelenggu kemiskinan rakyat. Kerajaan negeri juga kekurangan wang. Bahkan mereka masih menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat yang dikatakan membuatkan mereka jadi mundur. Kelantan juga kekurangan peluang pekerjaan. Oleh itu, pendapatan negeri mereka jadi rendah. Sebab itu, ramai orang Kelantan berhijrah ke negeri-negeri maju untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.


Sumber: Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook