Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 8 Ogos 2018

HIDS - 9 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: apakah sejarah menarik berlaku pada tarikh 9 Ogos sepanjang zaman?


01. Kasai Selatan berpisah dari Republik Demokratik Kongo (1960)

Kredit: Wikipedia
Kasai Selatan adalah salah sebuah daerah yang terletak di Republik Demokratik Kongo, atau Dr. Kongo. Ia berpisah dengan Dr. Kongo pada 9 Ogos 1960, sebelum dimasukkan kembali ke dalam negara tersebut beberapa tahun selepas itu. 


02. Singapura keluar Malaysia (1965)

Kredit: libertyflagandbanner.com
Dahulunya, selepas merdeka, Singapura adalah sebahagian dari Malaysia, sehinggalah pada 9 Ogos 1965, di mana Singapura terpaksa keluar dari Malaysia. Antara sebabnya adalah kerana Malaysia tidak bersetuju dengan konsep Malaysian Malaysia yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin Singapura pada masa itu; Lee Kuan Yew. Bagi orang Malaysia, negara mereka berkonsepkan Malay Malaysia, bermaksud Malaysia adalah tanah asal orang Melayu.


03. Mars 7 dilancarkan oleh KRSS (1973)

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Wikipedia
Mars 7 merupakan sebuah lagi kapal angkasa yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet pada 9 Ogos 1973 untuk misi ke planet Marikh.


04. Richard Nixon letak jawatan (1974)

Kredit: Famous People
Atas tuduhan skandal Watergate, Richard Nixon akhirnya meletak jawatan pada 9 Ogos 1974, digantikan dengan timbalannya, Gerald Ford. 


05. Hari lahir Sam Elliott (1944)

Kredit: FetchSport
Samuel Pack Elliott, dikenali sebagai Sam Elliott. Saya hanya mengenali beliau berlakon dalam siri TV Mission Impossible musim ke-5 sebagai Doug Robert sebanyak 13 episod. Dilahirkan pada 9 Ogos 1944 di Sacramento, California, AS. Masih aktif sehingga sekarang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook