Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 8 Ogos 2018

HIDS - 8 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Ada beberapa peristiwa yang menarik minat penulis yang bertarikh 8 Ogos sepanjang zaman. Samada penting atau tidak, bergantung kepada penilaian pembaca. Penulis hanya berkongsikan apa yang penulis berminat dengannya sahaja. 


01. Bandar Oulu ditemui (1605)

Kredit: Manufacturing.net
Oulu adalah sebuah kawasan yang terletak di Ostrobothnia Utara, Finland. Ditemui pada 8 Ogos 1605 oleh Raja Charles IX Sweden.


02. Pendaki pertama Gunung Mont Blanc (1786)

Kredit: G Adventures
Buat pertama kalinya, puncak gunung Mont Blanc ditawan oleh dua orang pendaki, iaitu  Jacques Balmat dan Dr. Michel-Gabriel Paccard di sempadan Perancis-Itali pada 8 Ogos 1786.


03. Parti ZANU terbentuk (1963)

Kredit: Wikipedia
Parti Zimbabwe African National Union (ZANU) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1963 dan merupakan parti kerajaan Zimbabwe sekarang. Parti ini tertubuh akibat dari perpecahan dengan parti Zimbabwe African People's Union. Diasaskan oleh 5 tokoh, iaitu Enos Nkala, Ndabaningi Sithole, Edgar Tekere, Herbert Chitepo dan Leopold Takawira. Robert Mugabe adalah ikon untuk parti ini. 


04. ASEAN ditubuhkan (1967)

Kredit: maaye.org
Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara, atau ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 oleh Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand. Ia bertujuan untuk kerjasama dalam aspek ekonomi, politik, keselamatan, ketenteraan, pendidikan serta kebudayaan sosial dalam negara-negara di Asia Tenggara. Sepuluh buah negara terlibat dalam ASEAN, iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Myanmara, Laos, Vietnam, Kemboja dan Brunei. 


05. Kim Dae-jung diculik (1973)

Kredit: Encyclopedia Britannica
Kim Dae-jung merupakan presiden Korea Selatan ke-15 dari 25 Februari 1998 hingga 25 Februari 2003. Namun, pada 8 Ogos 1973, beliau dilaporkan telah diculik oleh sekumpulan agen yang tidak dikenali sebaik sahaja selesai mesyuarat bersama dengan Parti Penggabungan Demokratik di Bilik 2212 di Hotel Grand Palace, Tokyo, Jepun. Kim walaubagaimanapun, ditemui di rumahnya sendiri di Seoul 5 hari setelah diculik.


06. Richard Nixon umum letak jawatan (1974)

Kredit: Famous People
Sehari sebelum perletakan jawatan sebagai presiden Amerika Syarikat ke-37, Richard Nixon telah membuat ucapan bersempena perletakan jawatan beliau di Rumah Putih. Beliau dikatakan terlibat dengan skandal Watergate sewaktu kempen pilihan raya semula pada tahun 1972. 



07. Tiang radio Warsaw runtuh (1991)

Kredit: Unusual Interesting
Tiang radio Warsaw mula beroperasi pada 18 Mei 1974 dan runtuh pada 8 Ogos 1991. Tiang ini pernah dinobatkan sebagai binaan tertinggi yang pernah dibina oleh manusia sepanjang sejarah. 


HARI LAHIR:

01. Aziz Sattar (1925)

Kredit: Media Bawean
Aziz Sattar merupakan salah seorang pelakon Melayu popular suatu ketika dahulu. Dilahirkan di Bawean, Indonesia pada 8 Ogos 1925, dan meninggal dunia di Kajang, Selangor pada 6 Mei 2014 akibat sakit jantung. Beliau memperoleh Darjah Yang Mulia Jasa Negara pada 2 Jun 2007.


02. Mohamed Morsi (1951)

Kredit: Al-Jazeera
Mohamed Morsi dilahirkan pada 8 Ogos 1951 di El Adwah, Sharqia Governorate, Mesir. Beliau merupakan bekas presiden Mesir ke-5 dari 30 Jun 2012 sehingga beliau digulingkan melalui rampasan kuasa pada 3 Julai 2013.


03. Scott Stapp (1973)

Kredit: Twitter
Anthony Scott Flippen, atau dikenali sebagai Scott Stapp dilahirkan pada 8 Ogos 1973 di Orlando, Florida, AS. Beliau dikenali sebagai penyanyi bagi kumpulan rock, Creed. Masih aktif sehingga sekarang. 



KEMATIAN:

01. Ahmed Deedat (2005)

Kredit: eramuslim.com
Ahmed Hoosen Deedat, atau Sheikh Ahmed Deedat dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Surat, Bombay, India dan meninggal dunia di Verulam, KwaZulu-Natal, Afrika Selatan pada 8 Ogos 2005. Beliau dikenali sebagai pakar dalam pendebatan isu-isu agama, dan beliau telah menewaskan ramai ahli pakar agama selain Islam sepanjang karier beliau. Selain itu, beliau juga turut dikenali sebagai seorang guru kepada pakar debat agama terkenal dunia pada hari ini, iaitu Dr Zakir Naik.



HIDS SAYA:

  • 2013 - Hari Raya 'Aidilfitri hari pertama
  • 2015 - Sepatutnya Timbalan Perdana Menteri masa itu, Zahid Hamidi datang ke Tanah Merah. Tapi, petang itu, hujan ribut melanda kawasan majlis tersebut dengan begitu dahsyat sekali, sehingga banyak harta yang rosak di kawasan tersebut. Petang yang begitu meriah untuk menyambut TPM pada masa itu bertukar menjadi tragedi ngeri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook