Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 6 Ogos 2018

HIDS - 7 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah sejarah atau peristiwa menarik yang berlaku pada tarikh 7 Ogos sepanjang zaman?


01. Ivory Coast merdeka (1960)

Kredit: Wikipedia
Ivory Coast, atau Cote D'Ivoire terletak di kawasan barat Afrika. Ia memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan Perancis pada 7 Ogos 1960.


02. Kapal angkasa Viking 2 memasuki orbit Marikh (1976)

Kredit: Wikipedia
Sebuah kapal angkasa Viking 2 telah memasuki peredaran Marikh pada 7 Ogos 1976. Kapal ini mendarat di permukaan Marikh pada 3 September 1976 dan beroperasi sehingga 11 April 1980. Viking 2 telah memberi 16,000 gambar dalam 706 orbit mengelilingi Marikh. 


03. Pengeboman di bangunan kedutaan AS di Kenya dan Tanzania (1998)

Kredit: Crime Scene Database
Pada 7 Ogos 1998, berlakunya sebuah malapetaka yang menimpa kedutaan Amerika Syarikat di Kenya dan Tanzania apabila bangunan kedutaan mereka diserang melalui trak bom di Nairobi dan Dar es Salaam. Serangan itu didakwa dilakukan daripada al-Qaeda dan Jihad Islamiah Mesir. Seramai 213 terkorban di Nairobi, 11 di Dar es Salaam, manakala sekurang-kurangnya 4,000 orang cedera akibat serangan itu. 


04. Briged Islam Antarabangsa Chechnya memasuki Dagestan (1999)

Precipice of War Role-Play Wiki - Fandom
Kumpulan Islam Antarabangsa Chechnya telah memasuki sempadan Dagestan pada 7 Ogos 1999 sewaktu perang Dagestan tercetus. Chechnya sebenarnya mahukan kemerdekaan daripada Rusia sejak sekian lama setelah jatuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1990. Chechnya adalah kawasan majoriti Islam antara yang terbesar di Rusia. 


05. Perang Russia-Georgia tercetus (2008)

Kredit: VOA News
Sebuah lagi peperangan berlaku di Kaukasus. Kali ini berlaku pada 7 Ogos 2008. Berlakunya pertembungan di antara tentera Rusia dengan Georgia. Peperangan berlangsung sehingga 12 Ogos 2008 dengan kemenangan berpihak kepada Rusia. Akibat kekalahan itu, Georgia kehilangan Ossetia Selatan dan Abkhazia, dan kedua-duanya menjadi sebahagian daripada wilayah milik Rusia. Selain itu, etnik Georgia turut dihalau keluar dari kedua-dua wilayah ini, dan Rusia telah mendirikan pangkalan tentera mereka di sana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook