Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 6 Ogos 2018

HIDS - 6 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah - Sejarah tinggal sebagai kenangan. Samada kita mengambil iktibar daripadanya atau mengulanginya semula. Tetapi, apakah peristiwa menarik yang berlaku pada 6 Ogos sepanjang zaman?


01. Bogota ditemui (1538)

Kredit: World Nomads
Bogota adalah sebuah ibu negara bagi Colombia. Ia ditemui pada 6 Ogos 1538 oleh penjelajah Sepanyol, Gonzalo JimĂ©nez de Quesada, sewaktu penerokaan benua Amerika oleh bangsa Eropah.


02. Bolivia merdeka (1825)

Kredit: Wikipedia
Bolivia berada di benua Amerika Selatan. Memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol pada 6 Ogos 1825. 


03. Jamaica merdeka (1962)

Kredit: Wikipedia
Selain Bolivia, Jamaica turut memperoleh kemerdekaan pada tarikh ini. Jamaica merdeka daripada penjajahan British pada 6 Ogos 1962.



04. Pesawat Korean Air Flight 801 terhempas (1997)

Kredit: RetroNewser
Pada 6 Ogos 1997, sebuah pesawat, Korean Air Flight 801 terhempas di Bukit Nimitz, Guam, kawasan Amerika Syarikat. Kemalangan ini dikatakan berpunca akibat juruterbang kurang latihan atau kesilapan mereka sendiri. Seramai 228 terkorban daripada 254 penumpang secara keseluruhannya, manakala 26 lagi terselamat. 


05. Kebakaran di Erwadi (2001)

Kredit: ScoopWhoop
Sebuah kemalangan mengerikan berlaku di Erwadi, Tamil Nadu, India pada 6 Ogos 2001, apabila sebuah Rumah Mental Moideen Badusha terbakar, mengorbankan 28 penghuni yang diikat dengan rantai di dalamnya. 



06. Sidi Ould Cheikh Abdallahi (2008)

Kredit: Middle East Monitor
Sidi Ould Cheikh Abdallahi merupakan presiden Mauritania, yang berkhidmat dari 19 April 2007 dan digulingkan pada 6 Ogos 2008 melalui rampasan kuasa tentera. Beliau mewakili parti bebas bagi negara Mauritania. 


07. Helikopter tentera AS ditembak jatuh di Afghanistan (2011)

Kredit:  A United States military helicopter is shot down,
Pada 6 Ogos 2011, sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat ditembak jatuh oleh bom roket di ruangan udara Lembah Tangi, daerah Maidan Wardak, Afghanistan. Ia mengorbankan 38 krew yang ada di dalamnya. 


08. Curiosity (Rover) mendarat di Marikh (2012)

Kredit: CNET
Pada 6 Ogos 2012, sebuah ciptaan berbentuk kereta yang dinamakan Curiosity telah mendarat di planet Marikh. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti kemungkinan planet ini menampung kehidupan, di samping mengenalpasti peranan air serta klimak dan geologi planet Marikh. 


09. Pengeboman di Masjid Abha (2015)

Kredit: Bin Jarallah Group
Pada 6 Ogos 2015, berlaku sebuah kejadian pengeboman di masjid Abha di Abha, Asir, Arab Saudi, apabila pasukan berani mati mengebom dan membunuh 17 orang yang berada di masjid Abha pada masa itu. Pengeboman itu dipercayai didalangi oleh ISIL. 


10. Hari lahir Sir Alexander Fleming (1881)

Kredit: Business Insider
Sir Alexander Fleming merupakan seorang ahli biologi, botani dan farmasi yang terkenal dengan penemuan antibiotik secara tidak sengaja pada suatu ketika dahulu. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1881 di Darvel, East Ayrshire, Scotland dan meninggal dunia pada 11 Mac 1955 di London, England. Beliau memperoleh hadiah Nobel perubatan pada tahun 1945.


11. Hari lahir Robin Van Persie (1983)

Kredit: GettyImages
Robin van Persie merupakan seorang pemain bola sepak terkenal Belanda. Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1983 di Rotterdam, Belanda. Sekarang ini, beliau mewakili kelab Feyenoord, sebuah kelab bola sepak Belanda. 


12. Hari khalifah Marwan II dibunuh (750)

kredit: myheimat.de
Marwan bin Muhamad bin Marwan merupakan salah seorang khalifah kerajaan Bani Umayyah yang memegang tampuk pemerintahan dari 4 Disember 744 hingga 25 Januari 750. Beliau kemudiannya dibunuh oleh pemberontak yang menyapu bersih kerajaan Umayyah pada 6 Ogos 750. Kematian beliau menandakan berakhirnya kekhalifahan Umayyah yang berpusat di Damsyik selama hampir 100 tahun dan digantikan dengan kekhalifahan Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.


HIDS SAYA:

  • 2006 - Datuk saya, Musa bin Esa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau meninggal dunia sewaktu beliau sedang dihantarkan ke hospital kerana mengalami penyakit jantung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook