Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 5 Ogos 2018

HIDS - 5 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Sejarah tinggal sebagai suatu kenangan. Apa yang berlaku, mesti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri. Jadi, apa yang berlaku pada tarikh ini?


01. Perang Alhandic tercetus (939)

Dinding Zamora. Kredit: Wikipedia
Perang Alhandic adalah salah sebuah peperangan yang berlaku di wilayah Andalusia sewaktu kekhalifahan Islam bertapak di sana. Berlaku di Zamora pada 5 Ogos 939 dengan kemenangan berpihak kepada khalifah Islam Cordoba yang pada masa itu adalah Abdul Rahman III, menewaskan kerajaan Leon yang pada masa itu diterajui oleh Ramiro II.


02. Perang Dogger Bank tercetus (1781)

Kredit: Art UK
Perang Dogger Bank merupakan sebahagian daripada perang Inggeris-Belanda keempat. Berlaku pada 5 Ogos 1781 di Dogger Bank, Laut Utara yang sekarang ini terletak di antara Skandinavia, Belgium, UK, Belanda, Jerman dan Perancis. Kemenangan berpihak kepada tentera Inggeris yang diketuai oleh Sir Hyde Parker, Baronet kelima British, menewaskan Republik Belanda yang diketuai oleh Johan Zoutman.


03. Perang Castiglione tercetus (1796)

Kredit: Wikipedia
Perang Castiglione merupakan sebahagian daripada siri perang Revolusi Perancis, tetapi kali pertama berlaku di Itali. Berlaku pada 5 Ogos 1796 di Castiglione delle Stiviere, Itali di mana tentera Perancis Itali yang diterajui oleh Napoleon Bonaparte, Pierre Augereau dan André Masséna pada masa itu menewaskan tentera Austria yang diketuai oleh Dagobert Sigmund von Wurmser. 



04. Lampu isyarat elektrik pertama diperkenalkan (1914)

Kredit: The Pandora Society
Buat pertama kali dalam sejarah manusia, pada 5 Ogos 1914, lampu isyarat jalan raya yang menggunakan elektrik diperkenalkan di Cleveland, Ohio, AS oleh Syarikat Lampu Isyarat Amerika. Ia dipasang di sudut 105th Street and Euclid Avenue. Lampu ini mempunyai dua (2) warna; merah dan hijau. Selain, itu, buzzer juga ditambah pada lampu ini berdasarkan reka bentuk James Hoge, sebagai tanda amaran perubahan isyarat. 


05. Pembunuhan Wola (1944)

Kredit: American Herald Tribune
Pada 5 Ogos 1944, sewaktu Perang Dunia ke-2 sedang berlangsung, Rejim NAZI telah melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap 40,000 ke 50,000 orang awam dan banduan perang di Wola, Warsaw, Poland. Ini adalah salah sebuah kekejaman Rejim NAZI sewaktu penguasaan mereka. 


06. Gempa Bumi Ambato, Ecuador (1949)

Kredit: Timeline
Pada 5 Ogos 1949, berlakunya satu gempa bumi berskala 6.4 skala richter di Ambato, Ecuador. Menurut laporan, gempa bumi itu memusnahkan 50 buah bandar dan ia meragut 5,050 jiwa, bahkan lebih daripada itu. Gempa bumi ini adalah di antara yang paling buruk pernah berlaku dalam sejarah di hemisfera barat. 


07. Burkina Faso merdeka (1960)

Kredit: Wikipedia
Burkina Faso diisytiharkan merdeka daripada penjajahan Perancis pada 5 Ogos 1960. Sebelum itu, ia dikenali sebagai Volta Atas.


08. Nelson Mandela dipenjarakan (1962)

Kredit: Canada.ca
Pada 5 Ogos 1962, Nelson Mandela telah ditangkap oleh pihak polis bersama seorang lagi aktivis, Cecil Williams berhampiran Howick, Afrika Selatan atas sebab perjuangan beliau menghapuskan aparteid di Afrika Selatan. Beliau dipenjarakan dan dibebaskan pada tahun 1990!


09. Kapal Angkasa Mars 6 dilancarkan (1973)

Kredit: Wikipedia
Tanggal 5 Ogos 1973, Kesatuan Soviet telah melancarkan satelit Mars 6 bagi mengkaji planet Marikh. Kapal angkasa ini mengandungi termometer dan barometer untuk menentukan keadaan permukaan planet, accelerometer dan altimeter radio untuk turun, serta instrumen untuk menganalisis bahan permukaan termasuk spektrometer massa.


10. Pengeboman Hotel Marriott (2003)

Kredit: Flickr
Pada pagi 5 Ogos 2003, berlakunya sebuah pengeboman di Hotel Marriott di Jakarta. Kejadian itu disyaki dilakukan oleh pengebom berani mati, pengebom kereta dan lain-lain lagi. Dalam kejadian itu, 12 orang terkorban, manakala 150 lagi cedera. 


11. Hari lahir Neil Armstrong (1930)

Kredit: CBS News
Neil Armstrong merupakan seorang angkasawan, yang dikatakan pertama mendarat di Bulan. Dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Wapakoneta, Ohio, AS dan meninggal dunia pada 25 Ogos 2012 di Cincinnati, Ohio, AS.


12. Hari lahir Kajol (1974)

Kredit: NewsX
Nama penuh; Kajol Mukherjee atau Kajol Devgn setelah berkahwin dengan Ajay Devgan. Beliau merupakan salah seorang pelakon paling popular dalam filem Bollywood. Dilahirkan pada 5 Ogos 1974 di Mumbai, Maharashtra, India. Beliau masih aktif dalam lakonan sehingga sekarang. 


13. Hari kematian Marilyn Monroe (1962)

Kredit: time.com
Nama sebenar; Norma Jeane Mortenson, atau nama lain; Norma Jeane Baker, dilahirkan pada 1 Jun 1926 di Los Angeles, California, AS dan meninggal dunia pada 5 Ogos 1962 di tempat yang sama di rumahnya. Dikatakan pada akhir-akhir hayat beliau, beliau mengalami prestasi karier yang merudum serta beberapa masalah peribadi yang dialami oleh beliau selain menghadapi talak tiga. Menurut laporan, beliau dikatakan mati bunuh diri akibat pengambilan dos ubat yang berlebihan. Ada juga teori mengatakan kematian beliau lebih kepada konspirasi jahat oleh pihak-pihak tertentu.


HIDS SAYA:

Tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook