Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 10 Ogos 2018

HIDS - 10 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Ada beberapa peristiwa menarik yang berlaku pada tarikh 10 Ogos sepanjang zaman. Antaranya:


01. Quito isytihar merdeka (1809)

Kredit: Wikipedia
Quito, yang merupakan ibu negara Ecuador sekarang, telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol pada 10 Ogos 1809. Tetapi ianya hanya dikenali Sepanyol sebagai sebuah negara pada 16 Februari 1840.


02. Missouri sertai AS (1821)

Kredit: ktrs.com
Missouri mula menyertai Amerika Syarikat pada 10 Ogos 1821. Oleh itu, ianya menjadi negeri ke-24 bagi AS. Missouri adalah negeri ke-21 terbesar, dan ke-18 teramai di AS. Jefferson City adalah ibu kota, Kansas City adalah bandar terbesar dan St. Louis Raya adalah metro terbesar di Missouri. 



03. Kapal Magellan tiba di Zuhrah (1990)

Kredit: NASA
Kapal angkasa Magellan memasuki orbit planet jiran, Zuhrah pada 10 Ogos 1990. Magellan dilancarkan bertujuan untuk memetakan planet Zuhrah.


04. Serangan keretapi Angola (2001)

Kredit: Geworld.ge
Pada 10 Ogos 2001, telah berlaku sebuah tragedi buruk di antara bandar Zenza dan Dondo, di 150 km tenggara Luanda, ibu negara Angola. Kejadian ini merupakan sebahagian daripada Perang Saudara di Angola, dan ianya merupakan serangan keganasan keretapi terburuk dalam sejarah. Serangan itu mengorbankan 252 nyawa, 165 lagi cedera. Serangan itu disyaki dilakukan oleh UNITA, salah sebuah parti politik yang kedua terbesar di Angola. 


05. Gelombang panas di Eropah (2003)

Kredit: Science News
Pada 10 Ogos 2003, rekod suhu tertinggi di United Kingdom dicatatkan di Kent, England. Ianya merupakan kali pertama UK mencatatkan suhu lebih tinggi dari 100 darjah Fahrenheit. 


06. Monorel Okinawa dibuka (2003)

Kredit: Wikimedia Commons
Pada 10 Ogos 2003, monorel Okinawa telah dibuka di Naha, Okinawa, Jepun. Monorel yang sepanjang 12.9 km ini menghubungkan stesen lapangan terbang Naha dengan stesen Shuri, dan bergerak dengan kelajuan 65 km sejam dan purata 28 km sejam. 


HARI LAHIR:

Kredit: DNA India
Hari ini adalah hari lahir untuk seorang bapa reformasi Malaysia, Anwar Ibrahim. Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri ke-7 Malaysia sebelum dipecat pada tahun 1998 dan menjadi ketua pembangkang pada tahun 2008. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook