Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 2 Ogos 2018

HIDS - 2 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah peristiwa atau kelahiran atau kematian yang berlaku pada tarikh 2 Ogos ini?


01. Penemuan Positron (Anti-Partikel Elektron) (1932)

Kredit: Wikipedia
Positron ditemui oleh Carl D. Anderson pada tahun 1932, menjadikan Positron sebagai anti-jirim pertama yang ditemui oleh manusia. Positron adalah berlawanan dengan Elektron. Elektron bercas negatif, manakala Positron adalah positif. Anderson kemudiannya memperoleh hadiah Nobel Fizik pada tahun 1936.


02. Iraq Ceroboh Kuwait (1990)

Kredit: Wikipedia
Tentera Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein telah menceroboh Kuwait pada 2 Ogos 1990, dan berlakunya peperangan dengan tentera Kuwait. Peperangan berlangsung selama 6 bulan, 3 minggu dan 3 hari. Berakhir pada 26 Februari 1991 dengan kemenangan di pihak Iraq. Bermula peristiwa ini, bermulanya Perang Teluk.



03. Hari Lahir Shimon Peres (1923)

Kredit: Brookings Institution
Shimon Peres lahir pada 2 Ogos 1923 dan meninggal dunia pada 28 September 2016. Peres menjadi Perdana Menteri Israel kesembilan dari 15 Julai 2007 hingga 24 Julai 2014.


04. Kematian Imam Ahmad bin Hanbal (855 M)

Kredit: Jahabersa
Hari ini adalah hari kematian seorang imam besar umat Islam, iaitu Imam Ahmad ibn Hanbal. Beliau dilahirkan pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada 2 Ogos 855 Masihi sewaktu berusia 74 tahun di Baghdad, Iraq. Sewaktu beliau masih hidup, Islam ketika itu berada di zaman keemasan, di mana terdapat ramai para ilmuan Islam.


05. Kematian Alexander Graham Bell (1922)

Kredit: Free Press Journal
Alexander Graham Bell dilahirkan pada 3 Mac 1847 di Edinburgh, Scotland dan meninggal dunia pada 2 Ogos 1922 di Beinn Bhreagh, Nova Scotia, Kanada. Kematian beliau berpunca daripada penyakit diabetes. Bell adalah tokoh yang mencipta telefon yang kita gunapakai pada hari ini.


HIDS SAYA:

  • 2010 - Hari ini guru Matematik Tambahan saya, Cikgu Rosli Jaafar marah dan hairan dengan saya kerana saya tidak dapat menjawab soalan yang diberi olehnya. Beliau kehairanan melihat keadaan dan prestasi saya yang semakin merudum. Saya ingat beliau kata di hadapan kelas; "Eh, Shamsul ini. Nampaknya dia ini memang sudah mundur!"
  • 2012 - Hari ini pensyarah Kimia saya, Madam Fahizul Izzati juga marah dengan saya kerana saya bertanyakan soalan yang tidak patut ditanya kepadanya. 
  • 2014 - Di rumah, hanya saya, ibu dan adik yang tinggal. Dan pada hari ini, ahli-ahli keluarga saya yang lain yang pergi ke Sabah menziarahi ibu saudara saya, pulang ke rumah pada waktu petang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook