Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 2 Ogos 2018

HIDS - 3 Ogos

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: 3 Ogos sepanjang zaman, melibatkan peristiwa atau kelahiran atau kematian seseorang.


01. Christopher Columbus memulakan pelayaran (1492)

Kredit: statisticbrain.com
Pada petang 3 Ogos 1492, Christopher Columbus memulakan pelayaran beliau di Palos de la Frontera, Sepanyol bersama 3 buah kapal. Dari situ menandakan bermulanya perjalanan beliau mengembara ke benua Amerika.


02. Niger memperoleh kemerdekaan (1960)

Kredit: Wikipedia
Niger adalah sebuah negara yang terletak di barat Afrika. Ia memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan Perancis pada 3 Ogos 1960. Apa yang menarik tentang Niger adalah berkenaan sebuah kota misteri Timbuktu.


03. Pembunuhan  Oued El-Had dan Mezouara Algeria (1997)

Kredit: Wikipedia
Oued el-Had dan Mezouara adalah termasuk di antara siri-siri pembunuhan yang berlaku di Algeria pada hujung abad ke-20 yang lalu. Kali ini, ia berlaku pula pada 3 Ogos 1997. Tentera Gerila membunuh 40 ke 76 orang awam.


04. Maaouya Ould Sid'Ahmed Taya digulingkan (2005)

Kredit: Al-Arabiya
Maaouya Ould Sid'Ahmed Taya merupakan presiden ke-5 Mauritania, yang berkhidmat dari 12 Disember 1984 hingga 3 Ogos 2005. Suatu tempoh pemerintahan yang agak lama, selama 20 tahun! Beliau digulingkan melalui suatu rampasan kuasa tentera.


05. Rusuhan Karachi (2010)

Kredit: Your Pakistan - WordPress.com
Pada 3 Ogos 2010, sebuah rusuhan besar berlaku di Karachi, berikutan dengan pembunuhan seorang ahli parlimen, Raza Haider yang merupakan ahli politik parti Pergerakan Muttahida Qaumi pada malam 2 Ogos 2010. Haider merupakan seorang Muslim Syiah terbunuh semasa menghadiri pemakaman di masjid. Kesan rusuhan itu, sekurang-kurangnya 10 terbunuh, manakala 100 orang cedera. 


06. Gempa bumi di Yunnan, China (2014)

Kredit: Al Jazeera America
Pada 3 Ogos 2014, berlaku sebuah gempa bumi yang dahsyat di Yunnan, China. Gempa bumi itu berskala 6.1 richter, membunuh sekurang-kurangnya 617 orang dan 2,400 lagi cedera.


07. Hari lahir James Hetfield (1963)

Kredit: Metalhead Zone
James Alan Hetfield merupakan seorang penyanyi dan gitaris bagi sebuah band metal legenda dunia, Metallica. Dilahirkan pada 3 Ogos 1963 di Downey, California, AS. Beliau masih aktif sehingga sekarang bersama rakan-rakannya yang lain di pentas konsert. Selain itu, beliau juga adalah ikon Metallica dan merupakan frontman bagi kumpulan berkenaan. 


Sumber: Wikipedia

HIDS SAYA:

Tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook