Hari Ini Dalam Sejarah: Sejarah tinggal kenangan. Namun, apakah sejarah yang berlaku pada 31 Julai sepanjang zaman?
01. Orang pertama Eropah yang menemukan pulau Trinidad (1498)
Kredit: www.worldatlas.com |
Trinidad adalah sebahagian daripada negara bagi Trinidad & Tobago. Nama asal pulau ini adalah "Iere" dalam bahasa Arawaks' yang bermaksud "Tanah Dari Hummingbird". Christopher Columbus menjadi orang Eropah pertama yang menemukan pulau Trinidad ini. Beliau menukar nama kepada La Isla de la Trinidad yang bermaksud "Pulau Trinity" kerana beliau memenuhi sumpah yang dibuatnya sebelum melakukan pelayaran ketiga. Ia kemudiannya diringkaskan menjadi "Trinidad".
02. NAZI menang Pilihan Raya Persekutuan Jerman (1932)
Kredit: Wikipedia |
Sebuah Pilihan Raya Persekutuan Jerman telah diadakan pada 31 Julai 1932. Parti NAZI telah memenangi Pilihan Raya itu dengan memperoleh 230 daripada 608 keseluruhan kerusi. Memperoleh undi popular sebanyak 37.27%.
03. Jambatan terminal feri Sultan Abdul Halim runtuh (1988)
Kredit: LiFe CaReeR LoVe - Blogger |
Pada 31 Julai 1988, berlaku tragedi hitam yang menimpa negara apabila jambatan terminal feri Sultan Abdul Hamid runtuh di Butterworth, Pulau Pinang. Runtuhan itu mengorbankan 32 nyawa, dan 1,634 cedera. Puncanya dikatakan daripada kesesakan di tempat itu serta jeti yang diperbuat dari bar keluli yang menyebabkan keruntuhan.
04. Michael Phelps pecah rekod pingat emas terbanyak (2012)
Kredit: Quartz |
Perenang Amerika Syarikat, Michael Phelps memecah rekod sebagai atlet yang memperoleh pingat emas terbanyak sukan olimpik pada tahun 2012, memecah rekod Larisa Latynina dari Kesatuan Soviet yang memperoleh 9 pingat emas pada tahun 1964.
05. Sambutan Hari Pahlawan Malaysia
Kredit: Kosmo |
Hari ini adalah hari pahlawan Malaysia, bagi memperingati jasa-jasa nenek-moyang kita berjuang mempertahankan tanah air daripada bangsa penjajah suatu ketika dahulu.
HIDS SAYA:
- 2008 - Saya ponteng kelas, berada di bilik kaunseling. Sakit, katanya.
- 2010 - Saya ikut serta melawati pertandingan pengurusan jenazah peringkat negeri di Kubang Kerian, yang mana pasukan sekolah saya tewas dalam kedua-dua kategori; wanita dan lelaki.
- 2012 - Rakan sekelas saya, Afif, Aminuddin, Amirul Hakim dan beberapa lagi dalam kumpulan mereka membuat persembahan slide untuk CTU.
- 2017 - Saya menyiapkan disertasi saya dengan 3 salinan yang di-hardbound-kan, dan menghantarkannya kepada Sir Syamsyir dan Miss Fairuzdzah. Satu lagi saya simpan. Barang-barang saya disimpankan ke dalam rumah Sir Nazri di Kolej Mat Kilau. Malam ini juga saya bertolak pulang ke Kelantan, menandakan tamatnya semester ke-6 saya di UiTM Jengka.
- 2018 - Saya memperoleh tawaran kerja di Negeri Sembilan, tapi semua ahli keluarga saya seolah-olah tidak bersetuju dengan saya memperoleh kerja tersebut. Akhirnya terpaksa batalkan hasrat untuk bekerja di sana.