Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku pada tarikh 30 Julai sepanjang sejarah manusia?
01. Kota Baghdad diperkenalkan (762 M)
Illustrasi Kota Baghdad sekitar abad ke-8. Kredit: Rebrn.com |
Setelah kejatuhan kerajaan Umayyah, Abbasiyah muncul sebagai kerajaan Islam yang maju dan gemilang. Abu Ja'far al-Mansur memperkenalkan dan menjadikan kota Baghdad sebagai pusat kerajaan Abbasiyah pada 30 Julai 762 M. Kota Baghdad dahulu merupakan sebuah kota ilmu, tempat berkumpulnya para ilmuan Islam. Di sini juga dibina Baitul Hikmah, iaitu pusat ilmu pada masa itu. Sekarang, kota Baghdad merupakan ibu negara Iraq.
02. Uruguay memenangi Piala Dunia pertama (1930)
Kredit: Wikipedia |
Buat julung kali, Piala Dunia pertama telah diadakan di Uruguay pada 13 hingga 30 Julai 1930. Uruguay, sebagai tuan rumah pada ketika itu memenangi piala tersebut, menewaskan Argentina pada 30 Julai 1930. Amerika Syarikat berada di tangga ketiga menewaskan Yugoslavia untuk perlawanan tempat ketiga.
03. Lebuhraya Trans-Kanada dibuka (1962)
Kredit: Encyclopedia Britannica |
Lebuhraya Trans-Kanada yang menghubungkan Victoria di British Columbia dengan St. John's, Newfoundland and Labrador mula dibuka pada 30 Julai 1962, dan masih berfungsi hingga sekarang. Lebuhraya ini tergolong di antara lebuhraya terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 7,821 km.
04. England memenangi Piala Dunia (1966)
Kredit: Wikipedia |
England buat pertama kali (dan hanya kali ini) memenangi Piala Dunia 1966 sebagai tuan rumah, setelah menewaskan Jerman Barat (sekarang Jerman bersatu) di Stadium Wembley dalam masa tambahan pada 30 Julai 1966. Manakala Portugal menewaskan Kesatuan Soviet untuk tempat ketiga.
05. Vanuatu memperoleh kemerdekaan (1980)
Kredit: Wikipedia |
Vanuatu adalah sebuah negara yang terletak di Lautan Pasifik. Memperoleh kemerdekaan daripada penjajahan British dan Perancis pada 30 Julai 1980. Hari ini adalah hari kebangsaan mereka. Vanuatu terletak di antara Kepulauan Solomon, Fiji dan Kaledonia Baru.
06. Undang-Undang Baitul Maqdis diluluskan Knesset Israel (1980)
Kredit: Wikipedia |
Undang-undang Baitul Maqdis merupakan nama umum bagi Undang-undang Asas: Baitul Maqdis sebagai ibu kota Israel. Ia telah diluluskan oleh Knesset pada 30 Julai 1980.
07. Kejadian tanah runtuh Malin (2014)
Kredit: AGU Blogosphere - American Geophysical Union |
Pada 30 Julai 2014, berlaku tragedi tanah runtuh yang dahsyat di Malin, Ambegaon taluka di daerah Pune, Maharashtra, India. Berpunca daripada hujan lebat yang turun sejak semalam. Namun, terdapat banyak lagi faktor yang menyebabkan tanah runtuh ini. Sekurang-kurangnya 151 orang terbunuh, manakala 100 lagi dilaporkan hilang, dan 40 buah rumah musnah dalam kejadian tersebut.
08. Hari Lahir Henry Ford (1863)
Kredit: addicted2success.com |
Henry Ford merupakan pengasas Ford Motor Company, lahir pada 30 Julai 1863 di Greenfield Township, Michigan, AS, dan meninggal dunia pada 7 April 1947 di Fair Lane, Dearborn, Michigan, AS. Selain pengasas syarikat kereta, Ford juga dikenali sebagai seorang yang berani mendedahkan konspirasi jahat Yahudi sedunia. Antaranya, melalui buku beliau: The International Jew.
09. Hari lahir Arnold Schwarzenegger (1947)
Kredit: The Star |
Arnold Alois Schwarzenegger dilahirkan pada 30 Julai 1947 di Thal, Styria, Austria. Sekarang beliau menetap di Los Angeles, California, AS. Beliau terkenal dengan filem The Terminator. Setelah itu, beliau menceburi bidang politik dan sekarang menjadi gabenor ke-38 California.
10. Hari lahir Laurence Fishburne (1961)
Kredit: What Is Net Worth |
Laurence John Fishburne III, dilahirkan pada 30 Julai 1961 di Augusta, Georgia, AS. Beliau turut dikenali dengan nama Larry. Beliau terkenal dengan filem The Matrix Trilogy, di mana beliau memainkan watak penting sebagai Morpheus yang merupakan kapten bagi kapal Nebuchadnezzar.
11. Hari kematian Mohammed Yusuf (2009)
Kredit: Premium Times |
Mohammed Yusuf adalah pengasas Boko Haram di Nigeria. Dilahirkan pada 29 Januari 1970 dan dibunuh pada 30 Julai 2009 sewaktu Pemberontakan Boko Haram. Nama rasmi kumpulan Boko Haram adalah Jama'atu Ahlis Sunna Lidda'awati wal-Jihad, bermaksud "Orang Cenderung terhadap Penyebaran Ajaran Nabi dan Jihad".
HIDS SAYA:
Tiada...kalau ada, saya kurang ingat...