Hari Ini Dalam Sejarah; Apakah peristiwa-peristiwa yang menarik telah berlaku pada 29 Julai sepanjang sejarah manusia?
01. Pengepungan Damsyik berakhir (1148)
Kredit: Fine Art America
|
Pada 29 Julai 1148, berakhirnya peristiwa Damsyik dikepung oleh tentera-tentera Salib di bawah pimpinan Baldwin III (Jerusalem), Conrad III (Jerman), Louis VII (Perancis) dan Thierry (Count Flanders). Kemenangan di pihak tentera Islam yang pada masa itu berada di bawah pimpinan Mu'in ad-Din Unur, Saif ad-Din Ghazi I dan Nuruddin Zangi. Kesannya, tentera Salib berundur dan Damsyik dikuasai oleh Nuruddin Zangi.
02. Asteroid 15 Eunomia ditemui (1851)
Kredit: Wikipedia |
Pada 29 Julai 1851, sebuah asteroid yang diberi nama 15 Eunomia ditemui oleh ahli astronomi Itali, Annibale de Gasparis. Ianya merupakan sebuah asteroid yang amat besar berada di dalam kawasan tali pinggang asteroid. Ianya terletak di antara asteroid ke-8 dan ke-12 terbesar, asteroid Eunomian terbesar dan mewakili 1% jisim tali pinggang asteroid.
03. Hitler mula jadi pemimpin NAZI (1921)
Kredit: Quora |
Adolf Hitler terkenal dengan kepimpinan beliau sewaktu Perang Dunia ke-2 dahulu. Beliau mula menjadi pemimpin parti NAZI Jerman pada 29 Julai 1921 sehingga beliau dilaporkan membunuh diri setelah mengetahui tentera NAZI akan ditewaskan oleh Soviet di Berlin. Beliau dikenali sebagai seorang diktator NAZI Jerman yang menindas manusia sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan.
04. Sukan Olimpik Musim Panas diadakan semula (1948)
Kredit: Bryan Pinkall's World of Opera, Olympics, and More - Blogger |
Sukan Olimpik Musim Panas diadakan semula pada 29 Julai 1948, setelah terpaksa ditangguhkan akibat Perang Dunia ke-2 tercetus. Ianya diadakan di Britain. Kali terakhir sukan ini diadakan adalah di Berlin pada tahun 1936.
05. Microsoft menerbitkan Windows 10 (2015)
Kredit: The Verge |
Windows 10 yang terbaru yang kita guna sekarang diterbitkan oleh Microsoft pada 29 Julai 2015, 3 tahun yang lepas.
06. Hari lahir Benito Mussolini (1883)
Kredit: Wikipedia |
Benito Amilcare Andrea Mussolini, atau hanya dikenali sebagai Benito Musollini dilahirkan pada 29 Julai 1883 di Predappio yang pada masa itu merupakan Kerajaan Itali. Beliau merupakan Perdana Menteri Itali ke-27, memegang jawatan itu dari 31 Oktober 1922 hingga 25 Julai 1943. Meninggal dunia pada 28 April 1945 di Giulino di Mezzegra setelah dihukum mati oleh skuad penembak.
07. Hari lahir Fernando Alonso (1981)
Kredit: WalesOnline |
Fernando Alonso adalah seorang pelumba litar Formula 1 yang terkenal. Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1981 di Oviedo, Asturias, Sepanyol. Sepanjang karier Formula 1, beliau telah berjaya memenangi dua kejuaraan, iaitu pada tahun 2005 dan 2006, memperoleh tempat pertama dalam 32 perlumbaan, dan 97 menaiki podium. Beliau masih aktif hingga sekarang, dan mewakili pasukan Mclaren-Renault.
HIDS SAYA
- 2014 - Pada hari raya kedua, nenek saya dan sebahagian besar ahli keluarga saya bertolak ke Sabah untuk beraya dengan ibu saudara saya di sana. Ianya meninggalkan saya, ibu, adik serta dua orang sepupu saya di rumah.
- 2017 - Saya masih berada di ruang tamu Kolej Mat Kilau, dan saya berada dalam ketakutan. Takut ditangkap oleh pihak berkuasa Mat Kilau kerana berada di kolej ini tanpa izin mereka.