Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah peristiwa-peristiwa menarik yang berlaku pada hari ini?
01. Peru memperoleh kemerdekaan (1821)
Kredit: Wikipedia |
Jose de San Martin mengisytiharkan kemerdekaan Peru daripada penjajahan Sepanyol pada 28 Julai 1821. Jose menjadi Protektorat Peru, sebelum Peru menjadi sebuah negara Republik sehingga tahun berikutnya.
02. Helmet Sutton Hoo ditemui (1939)
Kredit: Wikipedia |
Helmet Sutton Hoo ditemui pada tahun 1939 oleh Charles Phillips. Ia ditanam pada sekitar tahun 625. Helmet ini menjadi artifak penting buat sejarah bangsa Anglo-Saxon (Inggeris) dan ia ditempatkan di Musium British, di London, UK.
03. Pesawat B-25 Mitchell berlanggar dengan Bangunan Empire State (1945)
Kredit: Aerospaceweb |
Pada 28 Julai 1945, pukul 9.40 pagi, sebuah pesawat pengebom B-25 Mitchell telah berlanggar dengan Bangunan Empire State. Puncanya dikatakan daripada kabus tebal di kawasan udara bangunan tersebut. Leftenan Kolonel William Franklin Smith Jr. bertanggungjawab mengendalikan pesawat tersebut.
04. Sukan Olimpik Musim Panas (1984)
Kredit: Wikipedia |
Sukan Olimpik Musim Panas telah bermula pada 28 Julai 1984, dan berakhir pada 12 Ogos tahun yang sama. Ianya diadakan di Los Angeles. Ini adalah kali kedua diadakan di Los Angeles selepas tahun 1932, dan akan diadakan pula di sini pada 2028.
05. Tengkorak Kennewick Man Ditemui (1996)
Kredit: Smithsonian Magazine |
Pada 28 Julai 1996, tengkorak Kennewick Man ditemui oleh Will Thomas dan David Deacy di sebuah tebing Sungai Columbia di Kennewick, Washington, Amerika Syarikat. Ia merujuk kepada nama yang diberikan kepada tengkorak seorang lelaki Paleoamerika prasejarah. Kennewick Man adalah salah satu rangka kuno yang paling lengkap pernah ditemui. Ujian Radiokarbon pada tengkorak ini juga telah menunjukkan usianya dari 8900 hingga 9000 tahun. Kennewick Man adalah dari spesis Homo Sapiens, spesis kita.
06. Pesawat Airblue Flight 202 Pakistan terhempas (2010)
Kredit: Koolblue's Blog - WordPress.com |
Pada 8 tahun yang lalu, sebuah pesawat penumpang Airblue Flight 202 milik Pakistan yang sepatutnya berlepas dari Karachi ke Islamabad terhempas di Bukit Margalla. Kejadian itu berpunca daripada cuaca serta kesilapan juruterbang. Ia mengorbankan kesemua 146 penumpang yang ada di dalamnya beserta 6 krew yang bertugas.
07. Nawaz Sharif Disingkirkan (2017)
Kredit: Business Recorder |
Mian Muhammad Nawaz Sharif, atau dikenali sebagai Nawaz Sharif merupakan Perdana Menteri ke-12 Pakistan, dari 5 Jun 2013 dan disingkirkan pada 28 Julai 2017 akibat tuduhan rasuah. Beliau pernah menjadi Perdana Menteri pada tahun 1990 hingga 1993, dan kedua pada tahun 1997 hingga 1999 setelah dijatuhkan oleh tentera. Akhirnya beliau memegang semula jawatan Perdana Menteri pada tahun 2013 hingga 2017.
08. Hari Lahir Abu Bakr al-Baghdadi (1971)
Kredit: Al Jazeera |
Abu Bakr al-Baghdadi adalah seorang pemimpin bagi Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL). Beliau dilahirkan pada 28 Julai 1971 di Saladin Governorate, Iraq. Beliau adalah salah seorang pemimpin utama ISIL yang dikategorikan sebagai "pengganas" oleh media-media Barat. Beliau adalah beragama Islam Sunni.
09. Hari Lahir Harry Kane (1993)
Kredit: JOE.co.uk |
Harry Kane dilahirkan pada 28 Julai 1993 (Sebulan lebih awal dari penulis). Beliau merupakan seorang pemain bola sepak England dan kelab Tottenham Hotspur. Berada di posisi penyerang dan juga sebagai kapten pasukan bagi kedua pasukan itu. Beliau dianugerahkan kasut emas kerana menjadi penjaring gol terbanyak pada Piala Dunia 2018 baru-baru ini.
HIDS SAYA:
- 2014 - Hari ini adalah Hari Raya 'Aidilfitri bagi tahun ini
- 2017 - Akhirnya saya berjaya menyiapkan pembetulan disertasi FYP Fizik saya, dan disertasi saya sudah bersedia untuk dicetak dan dibuat Hardbound.