Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah peristiwa-peristiwa menarik yang telah berlaku pada 27 Julai sepanjang zaman?
01. Pembunuhan Si Zerrouk (1997)
|
Kredit: SlideShare |
Pembunuhan Si Zerrouk berlaku di kawasan kejiranan Si Zerrouk di selatan Larbaa, Algeria pada 27 Julai 1997. Dalam peristiwa ini, lebih 50 orang terbunuh. Ianya berpunca daripada politik.
02. Pertunjukan udara di Sknyliv gagal (2002)
|
Kredit: 112.international |
Sknyliv adalah lapangan terbang yang terletak di Lviv, Ukraine. Pada 27 Julai 2002, pesawat Sukhoi Su-27 Ukraine telah terhempas akibat kesilapan juruterbang sendiri sewaktu mempersembahkan aerobatik pesawat pada hari pertunjukan. Sebelum peristiwa itu terjadi, lebih 10,000 penonton menghadiri pertunjukan udara Sabtu, yang diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-60 Tentera Udara ke-14 Tentera Udara Ukraine. Dalam kemalangan itu, sekitar 77 orang terbunuh manakala 543 orang cedera, menjadikan peristiwa ini adalah pertunjukan udara yang paling membawa maut dalam sejarah.
03. Hari Lahir Sheikh Muszaphar Shukor (1972)
|
Kredit: Marketing Interactive |
Ingat Syeikh Muszaphar, ingatlah bahawa beliau adalah seorang angkasawan Malaysia pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke angkasa lepas, di ISS. Hari ini adalah hari ulang tahun beliau. Selamat hari lahir.
HIDS SAYA:
Tiada sebarang peristiwa menarik yang berlaku pada diri saya untuk tarikh ini dalam sejarah. Kalau ada pun, saya tidak ingat atau peristiwa itu saya rahsiakan daripada pengetahuan umum.