Hari Ini Dalam Sejarah; sejarah ini ada dua, samada kekal sebagai sebuah kenangan atau ia bakal berulang. Pilihannya terletak di tangan anda sendiri. Tetapi, untuk 24 Julai, apakah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sepanjang zaman?
01. Pengepungan Damsyik (1148)
|
Kredit: Fine Art America |
Pada 24 Julai 1148, berlakunya peristiwa Perang Salib kedua di mana Damsyik telah dikepung oleh tentera-tentera Salib di bawah pimpinan Baldwin III (Jerusalem), Conrad III (Jerman), Louis VII (Perancis) dan Thierry (Count Flanders). Pengepungan ini berlangsung hampir seminggu, tamat pada 29 Julai 1148 dengan kemenangan di pihak tentera Islam yang pada masa itu berada di bawah pimpinan Mu'in ad-Din Unur, Saif ad-Din Ghazi I dan Nuruddin Zangi. Kesannya, tentera Salib berundur dan Damsyik dikuasai oleh Nuruddin Zangi.
02. Hari Terakhir Pemberontakan Orang Albania (1910)
|
Kredit: Wikipedia |
Pada Mei 1910, berlakunya pemberontakan rakyat Albania terhadap kerajaan Turki Uthmaniah, di mana pemberontak disokong oleh kerajaan Serbia. Ianya berpunca akibat dasar pemusatan baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Uthmaniah Muda Turki di Albania. Ia diketuai oleh Isa Boletini dan Idriz Seferi. Pemberontakan itu berakhir pada 24 Julai 1910 dengan kemenangan di pihak Uthmaniah yang jauh lebih ramai berbanding pemberontak Albania, iaitu lebih 50,000 berbanding 3,000 pemberontak.
03. Perang Libya-Mesir Berakhir (1977)
|
Kredit: This Day in Alternate History - Blogger |
Perang saudara di antara Libya dengan Mesir berlaku pada 21 Julai 1977 di sempadan Mesir-Libya. Puncanya adalah politik. Namun, kedua-dua belah pihak bersetuju mengadakan genjatan senjata pada 24 Julai 1977. Mesir pada masa itu diketuai oleh Anwar Sadat dan Libya oleh Muammar Gaddafi. Daripada peperangan selama 4 hari itu, sekurang-kurangnya 500 tentera terkorban; 100 di pihak Mesir dan 400 di pihak Libya.
04. Hari lahir Jennifer Lopez (1969)
|
Kredit: indeksonline.net |
Hari ini juga merupakan hari lahir bagi seorang artis terkenal di A.S, iaitu Jennifer Lopez. Dilahirkan pada tahun 1969 di New York dan menetap di sana. Beliau masih aktif dalam kerjayanya sehingga sekarang. Selain seorang pelakon, beliau juga aktif sebagai seorang penyanyi.
05. Hari Kematian James Chadwick (1974)
|
Kredit: britannica.com |
Orang belajar Fizik ada yang kenal siapa dia ini. Hari ini adalah hari kematiannya. Seorang ahli fizik yang memperoleh hadiah nobel kerana sumbangannya dalam menemukan neutron dalam atom pada tahun 1932. Lahir pada 20 Oktober 1891 di Bollington, UK dan meninggal di Cambridge pada 24 Julai 1974.
HIDS SAYA:
- 2017 - Hari saya membentangkan hasil projek akhir tahun saya di UiTM Jengka, dan saya tidak dibenarkan pulang sehingga siap disertasi saya. Antara hari yang paling saya tidak suka sepanjang berada di Jengka. Pembentangan dan hasil kerja tidak memuaskan saya. banyak kecacatan. Tetapi mereka tetap bagi kredit pada saya.