Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 22 Julai 2018

HIDS - 23 Julai

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Sejarah kekal sejarah atau dijadikan sebagai kenangan. Apakah kenangan yang boleh dikongsikan pada tarikh 23 Julai sepanjang zaman? 


01. Abkhazia Memperoleh Kemerdekaan daripada Georgia (1992)

Kredit: Wikipedia
Abkhazia pada asalnya merupakan sebuah negara yang memperoleh kemerdekaan daripada Georgia pada 23 Julai 1992, beberapa tahun setelah kejatuhan Kesatuan Soviet. Malangnya pada hari ini, mereka kembali berada di bawah jajahan Georgia. Hanya Rusia, Syria, Nicaragua, Venezuela, Nauru, Nagorno-Karabakh, South Ossetia, dan Transnistria yang mengenali Abkhazia sebagai sebuah negara. (Wikipedia)


02. Komet Hale-Bopp Kelihatan Buat Kali Pertama (1995)

Kredit: Inverse
Komet, atau bintang berekor yang dinamakan sebagai Hale-Bopp mula kelihatan di langit pada 23 Julai 1995, 23 tahun yang lepas. Komet ini ditemui oleh dua orang ahli astronomi; Alan Hale dan Thomas Bopp. Komet Hale-Bopp, atau secara rasmi dinamakan sebagai "C/1995 O1", kelihatan menjelajah planet Musytari, menjadikannya salah sebuah komet yang paling jauh dilihat oleh amatur. Hale-Bopp beredar mengelilingi Matahari. Memiliki jejari sebesar 60 km serta beredar mengelilingi Matahari dalam tempoh 2,533 tahun! Menurut sumber dari curious.astro.cornell.edu, kita mungkin akan bertemu lagi dengan Hale-Bopp pada tahun mungkin dalam sekitar 4380! (Wikipedia, Inverse, Ask an Astronomer)


03. Penemuan Kepler-452b [Bumi 2.0] (2015)

Kredit: Wikipedia
Tahukah anda? Terdapat banyak lagi planet di alam semesta ini yang menyerupai Bumi. Bermaksud ada kehidupan. Salah satunya adalah Kepler-452b, atau dikenali sebagai Bumi 2.0, atau "sepupu Bumi". NASA turut memanggilnya sebagai Coruscant. Eksoplanet ini ditemui pada 23 Julai 2015 oleh Kumpulan Sains Kepler menggunakan kapal angkasa Kepler.  Kepler-452b adalah salah satu eksoplanet yang berada di dalam sistem Kepler-452. Terletak sejauh 1,400 tahun cahaya dari Bumi, sistem Kepler-452 berada dalam buruj Cygnus (lihat di langit). Namun, begitu, pada tahun 2018, planet ini masih belum disahkan penemuannya dan perlukan penetapan secara bebas. Apa-apapun, ini adalah salah satu planet yang mungkin boleh didiami. Bermakna ada kehidupan di sini. (NASA, Wikipedia)


04. Hari Lahir Tajuddin Ahmad (1925)

Kredit: Wikipedia
Tajuddin Ahmad merupakan Perdana Menteri pertama Bangladesh dari 11 April 1971 hingga 12 Januari 1972. Merupakan "Bapa Bangladesh". Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1925 di Dardaria, Presidensi Bangla, Hindia British yang sekarang dikenali sebagai  Kapasia, Bangladesh. Meninggal dunia pada 3 November 1975 di Dhaka. Beliau mengetuai kerajaan sementara sewaktu Perang Pembebasan Bangladesh pada tahun 1971. Beliau dianggap sebagai salah seorang tokoh paling berpengaruh dan berperanan dalam kelahiran negara Bangladesh. Beliau menyatukan pelbagai kuasa politik, ketenteraan dan kebudayaan nasionalisme dalam negara Bangladesh. Beliau mengakhiri hayat dengan dibunuh sewaktu dipenjarakan oleh Rejim Khondaker Mostaq Ahmed.


05. Hari Lahir Najib Razak (1953)

Kredit: New Straits Times
Seluruh rakyat Malaysia kenal siapa gerangan ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang tewas sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Najib dilahirkan di Kuala Lipis pada 23 Julai 1953. Menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009 dan tewas di tangan gurunya, Mahathir Mohamad pada PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018, dan meletak jawatan pada 10 Mei 2018, keesokan harinya. Selain Perdana Menteri, beliau turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB. Beliau sekarang sedang diselubungi dengan pelbagai tuduhan skandal, rasuah, pecah amanah dan salahguna kuasa sewaktu pentadbiran beliau dahulu. 


06. Hari Lahir Slash (1965)

Kreidt: insiderlouisville.com
Nama sebenar beliau; Saul Hudson atau dikenali sebagai Slash, merupakan salah seorang legenda musik terkenal di dunia. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1965 di Hampstead, London, England, yang mana beliau akhirnya menjadi rakyat Amerika Syarikat. Sekarang beliau tinggal di Los Angeles, California, AS. Slash terkenal sewaktu beliau berada dalam kumpulan Guns N' Roses, dan merupakan seorang gitaris yang mahir dalam membuat solo. Namun, pada tahun 2007, Slash nekad meninggalkan kumpulan kesayangan beliau itu akibat tidak berpuas hati dengan rakannya, Axl Rose. Tetapi, beliau kembali semula ke dalam kumpulan itu pada tahun 2016.


07. Hari Renaissance Oman 



08. Hari Revolusi Mesir 

Hari Revolusi Mesir disambut oleh rakyat Mesir pada 23 Julai setiap tahun bagi mengingati Revolusi yang berlaku pada tahun 1952 yang membawa kepada penubuhan Republik moden bagi menggantikan Kerajaan Mesir. Ianya merupakan cuti umum sekular terbesar Mesir.


HIDS SAYA:

  • 2017 - Hari terakhir Peperiksaan Akhir semester 6 saya di UiTM Jengka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook