Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 21 Julai 2018

HIDS - 22 Julai

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Tidak ada peristiwa yang begitu menarik perhatian penulis bagi tarikh ini sepanjang sejarah. Di sini cuma menyatakan tarikh ini adalah hari lahir untuk tiga (3) individu. Siapakah mereka? 


01. Willem Dafoe (1955)

Kredit: Famous People
Willem Dafoe yang penulis kenal, berlakon sebagai Norman Osborn, atau Green Goblin dalam filem trilogi Spiderman. Antara watak paling jahat dalam Spiderman. Dilahirkan pada 22 Julai 1955 di Appleton, Wisconsin, A.S.


02. Shawn Michaels (1965)

Kredit: WWE.com
Ini dia; ahli gusti yang tidak asing lagi dalam WWE. Nama sebenar beliau; Michael Shawn Hickenbottom. Dilahirkan pada 22 Julai 1965 di Chandler, Arizona, A.S. Beliau adalah ahli gusti terhebat sebelum bersara pada tahun 2010 setelah tewas di tangan The Undertaker dalam Wrestlemania.


03. Selena Gomez (1992)

Kredit: Wikipedia
Siapa tidak kenal dengan penyanyi muda ini? Nama sebenar; Selena Marie Gomez, dilahirkan pada 22 Julai 1992 (Setahun lebih tua pada penulis) di Grand Prairie, Texas, A.S. Beliau bukan sahaja seorang penyanyi, bahkan seorang pelakon filem dan siri televisyen. 


HIDS SAYA:

  • 2012 - Saya dan dua orang rakan saya, Hafeez dan Nazzim pulang ke UiTM Kuala Pilah dengan menaiki kereta Nazzim. Sampai di Kuala Pilah, kami singgah di Econsave, Melang. Saya terserempak dengan seorang lagi rakan sekelas perempuan, Shahirah. 
  • 2016 - Saya tidak dapat balik rumah kerana ada Latihan Industri sebulan lebih di UiTM Jengka. Pada hari ini, saya ziarah rumah pensyarah saya yang sudah bersara, Prof. Madya Rasid Mohamad. Tujuan saya bukan sekadar raya, tetapi ingin membincangkan mengenai menulis buku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook