Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 20 Julai 2018

HIDS - 21 Julai

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah yang telah berlaku pada tarikh 21 Julai sepanjang zaman?


01. Neil Armstrong Mendarat di Bulan (1969)

Kredit: Guinness World Records
Pada 21 Julai 1969, jam 0256 UTC, Neil Armstrong bersama Buzz Aldrin dikatakan berjaya menjadi dua orang pertama mendarat di Bulan. Mereka berlepas ke angkasa dari Bumi menggunakan roket Apollo 11. Entah benar atau tidak cerita ini, kerana ada bukti lain mengatakan bahawa ianya palsu dan konspirasi semata-mata.


02. Hari Lahir Cat Stevens/Yusuf Islam (1948)

Kredit: Noted
Kenalkah anda, dengan seorang penyanyi yang menyanyikan lagu Your Mother? Hari ini adalah hari lahir beliau. Dilahirkan pada tahun 1948 di London, England. Beliau merupakan seorang ahli musik Inggeris yang memeluk Islam pada bulan Disember 1977. 


03. Perang Libya-Mesir Berakhir (1977)

Kredit: This Day in Alternate History - Blogger

Berlaku sebuah peperangan di antara Libya dengan Mesir pada 21 Julai 1977 di sempadan Libya-Mesir yang berpunca daripada politik. Namun, kedua-dua belah pihak bersetuju mengadakan genjatan senjata pada 24 Julai 1977.  Mesir pada masa itu diketuai oleh Anwar Sadat dan Libya oleh Muammar Gaddafi. Daripada peperangan selama 4 hari itu, sekurang-kurangnya 500 tentera terkorban; 100 di pihak Mesir dan 400 di pihak Libya. 


HIDS SAYA:

  • 2012 - Saya pergi ke bandaraya KL bersama rakan saya, Hafeez. Kami pusing-pusing di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR). Singgah di kedai Hari-Hari. Terserempak dengan rakan sekelas Diploma, Izzati dengan adiknya di sana.
  • 2016 - Hari terakhir peperiksaan akhir semester keempat saya di UiTM Jengka. Dan, hari ini saya buat clearance di bilik saya dan berpindah ke bilik lain. Saya tidak boleh balik selama 6 minggu kerana ada Latihan Industri di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook