Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 20 Julai 2018

HIDS - 20 Julai

0 comments
HIDS kali ini banyak yang menarik, terutamanya hari lahir dan hari mati seseorang. Apakah peristiwa yang menarik pada tarikh 20 Julai sepanjang zaman?


01. Hari Lahir Imam al-Bukhari (810 Masihi)

Makam Imam Bukhari di Samarqand, Uzbekistan.
Kredit: Global-Geography
Imam al-Bukhari merupakan seorang ulama' dan perawi hadits yang lahir di Bukhara yang terletak di Uzbekistan sekarang pada 810 Masihi. Meninggal dunia pada 1 September 870 Masihi dan dimakamkan di Samarqand. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah MuḼammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ju‘fi al-Bukhari. Beliau digelar Imam ahli Hadits atau Amirul Mukminin dalam Hadits, sesuai dengan kebolehan beliau menghafal ribuan hadits sahih dan palsu. (Wikipedia & buku Sirah Kehidupan Imam Bukhari terbitan Kemilau Publika)


02. Hari Lahir Alexander the Great Menurut Sesetengah Sumber (356 SM)

Kredit: Wikipedia
Menurut sesetengah sumber Alexander the Great, atau dikenali sebagai Alexander Macedonia atau Iskandar Macedonia dilahirkan di Pella, Greece pada 20 Julai 356 SM dan meninggal dunia di Babylon (Iraq) pada 323 SM. Sesetengah ulama' Islam percaya bahawa beliaulah Iskandar Dzulkarnain yang diceritakan dalam al-quran yang menakluk dunia barat dan dunia timur sepanjang penguasaannya. Sesuai dengan gelaran beliau "Dzulkarnain" yang membawa maksud; "Dua Tanduk", iaitu menguasai bumi barat dan timur. Beliau bertanggungjawab membina tembok besi bagi menghalang kemaraan Ya'juj dan Ma'juj, yang mana lokasinya dipercayai terletak di Pergunungan Kaukasus, sekitar Georgia. Wallahua'lam. (Wikipedia & buku Siapakah Zulkarnain Sebenarnya? terbitan Jasmin)


03. Kematian Bruce Lee (1973)

Kredit: Nerdist
Bruce Lee merupakan seorang pelakon aksi, serta mempunyai seni bela diri yang hebat dalam lakonannya. Dilahirkan pada 27 November 1940 di Chinatown, San Francisco, Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada 20 Julai 1973 di Kowloon Tong, Hong Kong. Kematian beliau dikatakan berpunca daripada Edema serebrum, iaitu bengkak di otak akibat cecair yang berlebihan. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas seni mempertahankan diri Jeet Kune Do; salah satu gaya wushu atau kungfu. (Wikipedia)


04. Kematian Chester Bennington (2017)

Kredit: nit.pt
Siapa tidak kenal dengan penyanyi kumpulan rock terkenal dunia, Linkin Park. Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1976 di Phoenix, Arizona, AS, dan meninggal dunia di rumahnya di Palos Verdes Estates, California, AS pada 20 Julai 2017. Jasad beliau ditemui tergantung di siling rumahnya, dipercayai kes bunuh diri akibat tekanan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian beliau adalah sebuah konspirasi. (Wikipedia)


05. British Columbia Menyertai Konfiderasi Kanada (1871)

Kredit: The Flag Shop
British Columbia adalah salah sebuah negeri yang terletak di Kanada. Menyertai Kanada pada 20 Julai 1871. British Columbia terletak di Pergunungan Rocky dan Lautan Pasifik. Ia merupakan negeri ketiga terbesar dari segi populasi seramai 4,862,610 mengikut anggaran 2018, dan kelima terluas di Kanada dengan keluasan 944,735 km per segi. (Wikipedia)


06. Hari Kemerdekaan Colombia (1810)

Kredit: Wikipedia
Pada tarikh 20 Julai setiap tahun, Colombia akan menyambut hari kemerdekaan mereka daripada penjajahan Sepanyol sejak 1810. Negara Colombia terletak di bahagian utara Amerika Selatan. Ibu negaranya adalah Bogota. (Wikipedia)


HIDS SAYA

  • 2012 
    • Rakan sekelas saya, Nina dan Hanis menegur saya kerana berpakaian sama macam semalam sewaktu kami bertembung di susur gajah UiTM Kuala Pilah. Lalu mereka cakap saya tak mandi. Kantoi. Hahaha.
    • Saya pergi ke KL bersama dua orang rakan saya, Hafeez dan Nazzim beserta seorang lagi kawan Nazzim, Syahir dengan menaiki kereta. Mereka tinggal di KL. Hafeez di Pandan Indah, Nazzim di Cheras dan Syahir, saya tidak tahu. Saya dengan Hafeez bertolak ke Pandan Jaya dengan menaiki LRT Pudu, kerana kami hendak solat Jumaat di sana. Kemudian saya dan Hafeez berjalan kaki pulang ke rumahnya di Pandan Indah. 
    • Sewaktu dalam perjalanan menuju ke bandar Kuala Pilah, Syahir hendak mengambil barang di rumah sewanya. Tetapi dalam masa yang sama, dia berhadapan dengan anak anjing yang masih kecil. Anak anjing itu mengejarnya sampai hampir-hampir memasuki kereta Nazzim yang pada masa itu, saya dan Hafeez ada di dalam. Nazzim menjerit sewaktu melihat anjing itu masih mengekori Syahir; "SYAHIIIRRR!!!!!".
    • Malam ini saya menyambut Ramadhan di rumah Hafeez.
    • Hari ini hari Jumaat, sama seperti 20 Julai 2018.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook