Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 18 Julai 2018

HIDS - 19 Julai

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Hari ini juga tidak banyak peristiwa yang menarik untuk penulis kongsikan di sini. Antara peristiwa yang pernah berlaku pada 19 Julai sepanjang zaman adalah:


01. Maurice Garin Memenangi Tour de France Buat Pertama Kali

Kredit: Cycling Hall of Fame.com
Tour de France bermula pada 1 Julai 1903 dan berakhir pada 19 Julai 1903. Lumba basikal ini bermula dari Montgeron ke Lyon, Lyon ke Marseille, Marseille ke Toulouse, Toulouse ke Bordeaux, Bordeaux ke Nantes dan akhir sekali dari Nantes ke Paris. Maurice Garin (1871-1957) (gambar) memenangi perlumbaan ini dan kali pertama jadi pemenang untuk Tour de France. (Wikipedia & Pro-Cycling Stats)


02. Isyarat Global Positioning System (GPS) pertama 

Kredit: Rockwell Collins
Pada tahun 1977, isyarat GPS pertama dihantar dari satelit NTS-2 diterima oleh seorang jurutera, David Van Dusseldorp di Rockwell Collins di Cedar Rapids, Iowa pada pukul 12.41 tengah malam waktu timur (ET). Stesen penerima seperti dalam gambar digunakan oleh Rockwell Collins menerima dan membaca kod isyarat GPS pertama. (GPS World)


03. Tumpahan Minyak kapal Atlantic Empress 

Kredit: CounterSpill
Pada 19 Julai 1979, berlaku suatu kejadian tumpahan minyak dari kapal Atlantic Empress di Trinidad & Tobago. Ianya berpunca apabila kapal ini berlaga dengan sebuah lagi kapal minyak, iaitu Aegean Captain. Semasa kejadian itu, kapal Atlantic Empress berlayar dari Arab Saudi ke Beaumont, Texas, manakala Aegean Captain berlayar dari Aruba ke Singapura. Pada 3 Ogos tahun yang sama, Atlantic Empress telah menumpahkan 287,000 tan minyak ke dalam Laut Karibbean, dan akhirnya tenggelam. (Wikipedia)


HIDS SAYA

  • 2012 - Saya dan rakan sekelas Diploma UiTM Kuala Pilah yang memenangi pertandingan Choral Speaking membuat persembahan bersempena dengan majlis perasmian minggu bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook