Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 24 Julai 2018

HIDS - 25 Julai

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Apakah peristiwa yang telah menjadi sejarah pada tarikh ini sepanjang zaman?


01. Perang Sino-Jepun Pertama (1894)

Kredit: www.britannica.com
Perang di antara dinasti Qing China dengan Maharaja Jepun ini tercetus buat pertama kali di Semenanjung Korea, Manchuria, Taiwan dan Laut Kuning pada 25 Julai 1894 dan berakhir pada 17 April 1895 dengan kemenangan di pihak tentera Jepun. 


02. Tunisia menjadi negara Republik (1957)

Kredit: rtci.tn
Lebih setahun selepas diisytiharkan merdeka daripada penjajahan Perancis, Tunisia diisytiharkan pula sebagai sebuah negara Republik pada 25 Julai 1957. 


03. Operasi Akauntabiliti (1993)

Kredit: www.idf.il
Operasi ini dilancarkan oleh Israel terhadap Lubnan. Juga dipanggil sebagai Perang 7 Hari. Tujuannya adalah untuk menyerang Hizbullah, menyukarkan Hizbullah untuk menceroboh Israel di Lubnan Selatan dan menekan campur tangan kerajaan Lubnan terhadap Hizbullah. Akibatnya, banyak infrastruktur musnah. Ianya memberi kesan terhadap penduduk Lubnan dan pelarian Palestin. (Israel hanya tahu bunuh orang awam...)


04. Perjanjian Damai Israel-Jordan (1994)

Kredit: Wikipedia
Pada 25 Julai 1994, Raja Hussein (Jordan) dan Yitzhak Rabin (Israel) menandatangani perjanjian Deklarasi Washington bersama dengan Bill Clinton, Presiden AS pada masa itu. Ini sekaligus menamatkan permusuhan di antara kedua buah negara itu.


05. Pratibha Patil menjadi presiden India ke-12 (2007)

Kredit: khaskhabar.com
Prabitha Patil-Shekhawat (1934-sekarang) menjadi presiden India ke-12 pada 25 Julai 2007 dan meletakkan jawatan pada 25 Julai 2012. Ini menjadikan Prabitha sebagai presiden wanita pertama di India. 


06. Wikileaks menerbitkan ketirisan dokumen perang Afghanistan (2010)

Kredit: Foreign Policy
Diari Perang Afghanistan ini diterbitkan pada 25 Julai 2010. Ianya merupakan sebuah koleksi log ketenteraan Amerika Syarikat sewaktu perang Afghanistan. Log ini mengandungi sekurang-kurangnya 91,000 dokumen Perang Afghanistan dari Januari 2004 hingga Disember 2009, yang mana kebanyakan dokumen ini diklasifikasikan sebagai rahsia. Pendedahan ini merupakan sebuah ketirisan terbesar dalam sejarah ketenteraan AS. Ia mendedahkan maklumat berkenaan kematian orang awam, peningkatan serangan Taliban dan keterlibatan Pakistan dan Iran dalam pemberontakan. Namun, Wikileaks tidak tahu berkenaan sumber yang bocor itu. The New York Times, The Guardian dan Der Spiegel melaporkan bahawa maklumat itu adalah tulen jika dibandingkan dengan laporan bebas. Adakah laporan ini mendedahkan bukti jenayah perang yang dilakukan oleh AS terhadap Afghanistan? 


HIDS SAYA:

  • 2012 - Saya ingat hari ini rakan sekelas saya, Afif memanggil saya "pemalas" kerana tidak menyiapkan laporan makmal BIO pada masa itu.
  • 2016 - Hari ini saya pergi temuduga dengan pensyarah saya, Syamsyir untuk Latihan Industri.
  • 2017 - Saya tidak dibenarkan pulang ke Kelantan kerana masih belum siap membaiki disertasi saya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook