(Kredit: www.azonano.com) |
Unsur paling gelap di Bumi yang ditemui oleh para saintis setakat ini adalah Nanotube Karbon. Nanotube Karbon menyerap sebanyak 99.9 peratus cahaya yang menyentuhnya. Selain itu, Nanotube Karbon juga mempunyai permukaan mikroskopiknya yang kasar, menjadikannya memecah cahaya. Ini membuatkan Nanotube Karbon menjadi unsur miskin reflektor (pemantul).
Saintis-saintis yang mencipta Vantablack. Nampak seperti tipu, tetapi inilah rupa sebenar bahan paling gelap (Kredit: www.surreynanosystems.com) |
Ciri-ciri sebegini membuatkan para saintis tertarik untuk mengaplikasikan Nanotube Karbon sebagai saranan pembaikan alat-alat optik dan juga untuk menghasilkan pemungut tenaga suria yang efisien.
Lihat! Seperti diedit, bukan? Walhal tidak (Kredit: mentalfloss.com). |
Saintis telah berjaya menghasilkan bahan tergelap yang dipanggil sebagai Vantablack. Bahan tergelap di Bumi ini telah diumumkan pada tahun 2014. Vantablack diperbuat daripada Nanotube Karbon yang menegak; yang memerangkap cahaya. Vantablack adalah nama bahan dan bukannya warna. Turut dipanggil sebagai super black. Apabila cahaya menyentuhnya, ia akan terperangkap dan tidak dapat lari daripadanya (Ciri yang sama seperti lohong hitam).
Versi video: Tonton
Sumber:
- Hullinger, T. (2016). 6 Facts About Vantablack, the Darkest Material Ever Made. Diperoleh dari http://mentalfloss.com/article/77190/6-facts-about-vantablack-darkest-material-ever-made.
- Zhang, M. (2016). The Darkest Material on Earth is Now Even Darker. Diperoleh dari https://petapixel.com/2016/03/07/the-darkest-material-on-earth-is-now-even-darker-than-before/.
- Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Super Saintifik di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 80.