Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 16 Ogos 2017

Racun Paling Berbahaya di Dunia

0 comments
(Kredit: www.mazewomenshealth.com).

Ada banyak jenis racun yang teramat bahaya bagi manusia untuk dimiliki; baik menggunakannya, lebih-lebih lagi untuk memakannya. Kekadang, sedikit kuantiti racun sahaja sudah boleh membawa maut. Racun juga digunakan secara meluas, terutamanya dalam peperangan dan ada juga digunakan dalam kosmetik dan kesihatan. Dalam erti kata lain, racun boleh mendatangkan mudarat dan ada juga yang boleh mendatangkan manfaat, bergantung kepada bagaimana ianya digunakan. 

Dalam banyak jenis racun, Toksin Botulinum adalah yang paling bahaya. Hanya jumlah yang sama dengan sebutir garam sahaja sudah cukup untuk membunuh manusia seberat 91 kg! Dianggarkan hanya satu sudu teh Toksin Botulinum sudah cukup untuk membunuh lebih dari 1 billion manusia!


Botox banyak digunakan dalam kosmetik
(Kredit: bridgestobeauty.com).

Dos maut median 50%, atau LD50 adalah salah satu kaedah bagi menyatakan bahaya sesebuah racun. Ianya adalah kuantiti racun diperlukan bagi membunuh 50% daripada populasi ujian . Ianya berunit per kilogram bagi berat badan. LD50 bagi Toksin Botulinum adalah teramat kecil; iaitu sekitar 1 nanogram per kilogram sahaja. Itu sudah cukup untuk membunuh seorang manusia. Ini bermakna, hanya dengan jumlah Toksin Botulinum yang teramat sedikit sudah cukup merbahaya buat manusia.

Clostridium Botulinum
(Kredit: www.npr.org)

Toksin Botulinum digunakan dalam kosmetik Botox. Botox merupakan rawatan pembedahan muka yang paling popular; dihasilkan oleh bakteria Clostridium Botulinum. Ianya digunakan untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan cara melumpuhkan otot-otot yang mendasari. Botox juga digunakan untuk merawat peluh, migrain, gangguan otot serta masalah-masalah pundi kencing dan usus. 

Namun, Toksin Botulinum boleh mengakibatkan botulisma; penyebab kegagalan pernafasan dan mengundang maut. Secara teorinya, hanya menggunakan 4 kilogram Botox sudah cukup untuk membunuh keseluruhan penduduk Bumi! Ianya teramat bahaya untuk dimiliki oleh manusia, lebih-lebih lagi kalau ianya dimiliki oleh orang-orang yang salah.


Sumber:
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Super Saintifik di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 80.
  • Nichols, H. (2015). Botox: How Does Botox Work? Diperoleh dari http://www.medicalnewstoday.com/articles/158647.php.
  • Cotton, S. (2016). The World's 5 Deadliest Poisons. Diperoleh dari http://www.businessinsider.com/the-worlds-5-deadliest-poisons-2016-4/?IR=T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook