Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 17 Ogos 2017

Keunikan Tasik Tiga Warna di Indonesia

0 comments
Kredit: indonesiad.com

Ada satu fenomena geologi yang unik terdapat di wilayah Nusantara. Ianya adalah Tasik Tiga Warna. Tempat ini terletak di Gunung Kelimutu, Desa Perno, Kecamatan Kelimutu, Kabupaten Ende Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 1,690 meter dari paras laut.

Perkataan Kelimutu sendiri merupakan gabungan dari kata Keli yang bermaksud “gunung” dan mutu yang bermaksud “mendidih”.

Tasik ini turut dikenali sebagai “Danau Tiga Warna”. Dinamakan “Tiga Warna” adalah kerana tasik ini memiliki tiga warna yang berbeza; iaitu merah, biru dan putih. Ada sumber lain yang menyatakan warna tasik ini adalah hijau kehitaman, hijau dan hitam. Apa yang lebih penting di sini adalah, warna-warna tasik ini selalu berubah-ubah mengikut waktu.

Menurut sumber dari Sinar Harian, tasik ini dahulunya berwarna merah, biru dan putih. Kini, ianya berwarna hijau kehitaman, hijau dan hitam. Warna-warna ini berubah disebabkan oleh aktiviti gunung berapi yang berlaku berjuta-juta tahun yang lampau.

Kredit: 2.bp.blogspot.com
Warna-warna tasik ini sudah berubah-ubah sebanyak tidak kurang 12 kali dalam 25 tahun terakhir ini. Tasik pertama dan kedua terletak sangat bersebelahan, manakala tasik ketiga terletak bersendirian pada jarak sekitar 1.5 kilometer di bahagian Barat.

Mengikut urutan dari Timur ke Barat, tasik pertama dinamakan Tiwu Ata Polo, bermaksud “Tasik Roh Jahat” atau “Tasik yang Terpesona”. Tasik kedua yang berada di tengah dinamakan Tiwu Nuwa Muri Koo Fai, bermaksud “Tasik Roh Orang Muda”. Tasik ketiga yang terasing di sebelah Barat dinamakan Tiwu Ata Mbupu, bermaksud “Tasik Roh Nenek Moyang atau “Tasik Orang Tua”.

Menurut sumber dari Sinar Harian lagi, Gunung Kelimutu ditemui oleh seorang pegawai tentera Belanda pada tahun 1915. Pegawai tersebut ialah B. van Suchtelen, setelah beliau mendengar cerita daripada penduduk setempat bahawa ia adalah tempat syurga dan neraka. Ada legenda mengatakan, di sini merupakan tempat di mana pesalah akan menerima pembalasan atas kesalahan yang dilakukan. Sejak daripada itu, mereka mempercayai bahawa roh manusia akan ke sini selepas mereka mati sebelum hilang dalam salah satu daripada tasik-tasik ini. 

Apa yang lebih menakjubkan, perubahan warna-warna tasik ini adalah disebabkan oleh pembiasan cahaya Matahari, mikroorganisme air, kewujudan zat kimia yang larut dalam air tasik serta pantulan warna dinding dan dasar tasik. Faktor-faktor ini menjadikan Tasik Tiga Warna sebagai sebuah destinasi yang paling luar biasa dan fenomena paling unik di Bumi.


Sumber:
  • Indonesia Must See: The Colored Lakes of Mount Kelimutu, Flores. (5 Julai 2013). Diperoleh dari Indonesiad: http://indonesiad.com/indonesia-must-see-the-colored-lakes-of-mount-kelimutu-flores/
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur : Synergy Media.
  • Puspa, P. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media.
  • Tasik Tiga Warna. (22 September 2015). Diperoleh dari Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/global/tasik-tiga-warna-1.433394
  • Gagas Ulung (2011), Exotic NTT: 200 tempat paling menantang dan eksotis di provinsi Nusa Tenggara Timur: wisata alam, bahari, budaya, dan tradisi [Exotic NTT: 200 of the most challenging and exotic places in Nusa Tenggara Timur: tourism for nature, the sea, culture, and tradition], PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, hlm. 184.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook