Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 17 Ogos 2017

Pokok Tertua di Dunia

0 comments
Kredit: boredomtherapy.com

Pokok tertua di dunia yang ditemui oleh para pengkaji setakat ini terletak di wilayah Dalarna, Sweden yang diberi nama Old Tjikko, sebuah pokok Spruce Norway. Menurut saintis di Universiti Umea, pokok ini terletak di Pergunungan Fulufjallet, Sweden. Old Tjikko, menurut pengkajian para penyelidik sudah berusia sekitar 9,550 tahun! Usia pokok ini ditentukan dengan menggunakan Karbon-14.

Old Tjikko mampu bertahan dalam apa jua
iklim yang melanda (Kredit: static.
boredpanda.com
)
Sebenarnya, Old Tjikko merupakan pokok tertua di dunia dari segi pokok individu. Pokok yang memiliki ketinggian 16 kaki (4.8768 meter) ini mampu bertahan dalam pelbagai iklim serta suhu yang melampau. Selain itu, Universiti Umea juga pernah melaporkan; terdapat sekitar 20 buah pokok Spruce ditemui di Pergunungan Sweden yang mana ia dianggarkan berusia lebih dari 8,000 tahun. Iklim pemanasan global membolehkan pokok-pokok ini berkembang dengan suburnya.

Menurut para pengkaji, Old Tjikko memiliki usia yang sangat panjang kemungkinan disebabkan oleh kebolehannya untuk mengklon. Apabila batangnya mati, batang baru akan dibentuk oleh akarnya sehingga menjadikan ia berumur sangat panjang. 


Antara Old Tjikko dengan manusia
(Kredit: www.azoteimages.net)


Sumber:
  • Danius. (2016). 9,500-Year-Old Tree Found in Sweden Is The World’s Oldest Tree. Diperoleh dari http://www.boredpanda.com/worlds-oldest-tree-old-tjikko-sweden/.
  • Edwards, H.S. (2014). 6 of the Oldest Trees in the World. Diperoleh dari http://mentalfloss.com/article/29879/6-oldest-trees-world.
  • Goldbaum, K. (2016). What Is the Oldest Tree in the World?. Diperoleh dari https://www.livescience.com/29152-oldest-tree-in-world.html.
  • Umea University. (2008). World's Oldest Living Tree -- 9550 years old -- Discovered In Sweden. Diperoleh dari https://www.sciencedaily.com/releases/2008/04/080416104320.htm.
  • Lnini, I. (n.d.). INFO MENARIK : POKOK PALING TERTUA DI DUNIA. Diperoleh dari http://blogillyz.blogspot.my/2012/04/info-menarik-pokok-paling-tertua-di.html.
  • 9,500-Year-Old Tree Found in Sweden Is The World’s Oldest Tree. (2016). Diperoleh dari http://conspiracybuzz.info/featured/game-of-hacks-see-how-good-you-are/.
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur : Synergy Media. Hlm. 89.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook