Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 15 Ogos 2017

Buku Termahal di Dunia

0 comments
Kredit: flavorwire.com.

Tahukah anda? Buku paling mahal pernah direkodkan adalah buku The Codex Leicester, karya Leonardo da Vinci. Buku ini dibeli oleh Bill Gates, tokoh terkaya di dunia di sebuah tempat lelongan pada tahun 1994.

Buku ini dibeli oleh Bill Gates dengan harga sebanyak $30,800,000, menjadikannya sebuah buku yang paling mahal pernah dibeli. Buku ini mengandungi 72 muka surat. Ia menceritakan perihal teori tentang segala-galanya, bermula dari tentang fosil, pergerakan air hinggalah perkara yang membuatkan Bulan bercahaya. 

Menariknya, Leonardo menulis buku ini dengan 'tulisan cermin'; iaitu penulisannya bermula dari bahagian kanan buku ke arah kiri dengan huruf-huruf terbalik. Ini bermakna, anda memerlukan sebuah cermin untuk membaca buku ini.


Sumber:
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 147.
  • Temple, E. (2012). The 10 Most Expensive Books in the World. Diperoleh dari http://flavorwire.com/251055/the-10-most-expensive-books-in-the-world/10.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook