Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 28 Ogos 2017

Tempat Terpencil di Dunia

0 comments
(Kredit: i.dailymail.co.uk)

Tahukah anda? Anda merasakan bahawa diri anda disisihkan daripada orang lain, tetapi ada satu tempat yang mana ia jauh lebih tersisih berbanding diri anda. Iaitulah Tristan de Cunha, yang merupakan sebuah kepulauan dengan pulau-pulau kecil di Lautan Atlantik.

(Kredit: www.czarymarygary.pl)
Bagi menentukan berapa pencilnya sesebuah tempat atau pulau, ia diukur melalui jarak terdekat dari daratan besar atau tempat yang berhampiran. Bagi Tristan de Cunha, daratan terdekat dengannya adalah sekitar 2,700 km dari Afrika Selatan dan sekitar 3,200 km dari Amerika Selatan (Penulis tidak dapat maklumat yang lebih tepat berkenaan jarak).

Walaupun tempat ini terpencil, namun ianya kaya dengan sejarah yang tersendiri. Tristan de Cunha pertama kali ditemui pada tahun 1506 oleh seorang penjelajah Portugis. Namun demikian, kepulauan ini kemudiannya dikuasai oleh England yang takut bahawa Perancis akan menggunakannya sebagai batu pijakan, menyelamatkan Napoleon yang ditahan di Pulau St. Helena. 

Tiada kawasan yang mencukupi untuk membina landasan
pengangkutan udara di sini (Kredit: i.telegraph.co.uk).

Bermula pada tahun 1800, sebahagian kecil pendatang dari England, Itali dan Amerika mula tinggal di sini. Kini, bilangan penduduk di pulau ini adalah sekitar 270 orang. Pada asalnya, mereka datang ke Tristan de Cunha untuk mencari nafkah dengan cara bertani dan ada yang membuat kraftangan. Pulau ini turut memiliki stesen televisyen dan akses internet melalui satelit. Namun, pulau ini tetap menjadi lokasi yang paling asing di dunia. 


Bendera rasmi Tristan de Cunha dengan ibu
negaranya; Edinburgh of the Seven Seas 
(Kredit: upload.wikimedia.org).

Satu-satunya cara untuk pergi ke pulau ini adalah menggunakan pengangkutan laut. Ini kerana keadaan geografi pulau yang berbatu tidak memungkinkan adanya pembangunan landasan udara. Sebab itu pulau ini paling sesuai mendapat jolokan sebagai tempat atau pulau terpencil di dunia berikutan ia memakan masa agak lama untuk sampai ke pulau ini.

Secara rasmi, pulau ini mendapat nama sebagai
pulau atau tempat terpencil di dunia
(Kredit: i.telegraph.co.uk).


Sumber:
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur : Synergy Media. Hlm. 130.
  • Puspa, P. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 143.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook