Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 29 Ogos 2017

Letusan Gunung Berapi Paling Dahsyat dalam Sejarah

0 comments
(Kredit: news.nationalgeographic.com)

Sepanjang sejarah peradaban manusia, ledakan gunung berapi paling dahsyat pernah berlaku adalah Tambora. Tambora merupakan sebuah pulau gunung berapi yang masih aktif. Ia terletak di pulau Sumbawa, Indonesia. Kekuatan letusan gunung berapi dikira mengikut Indeks Keledakan Gunung Berapi (VEI). VEI bagi gunung Tambora adalah tertinggi dalam sejarah manusia, iaitu pada skala 7. 

Peristiwa ledakan gunung Tambora berlaku dari bulan April hingga Jun 1815. Peristiwa ini mengorbankan 71,000 nyawa, dan dipercayai jauh lebih ramai dari angka tersebut. Mangsa korban Tambora adalah disebabkan oleh kebakaran, kelaparan dan keracunan. Pada mulanya, gunung ini meledak dan melanda dunia dengan mengubah stratosfera Bumi hingga ke Eropah dan Amerika Syarikat. Sewaktu letusan terjadi, batu merah berpijar menghujani angkasa. Akibatnya, tumbuh-tumbuhan di Pulau Sumbawa binasa.

Selain mengorbankan lebih dari 71,000 nyawa, abu Tambora juga telah menutupi cahaya Matahari dalam jangka masa sepanjang musim panas. Dengan itu, tahun 1815 dikenali sebagai "Tahun Tanpa Musim Panas", kesan letusan gunung berapi Tambora.


Sumber:
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur : Synergy Media. Hlm. 119.
  • Puspa, P. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 131.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook