Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 26 Ogos 2017

10 Perkara yang Manusia Sering Takut

0 comments
(Kredit: https://mymind.org)

Setiap manusia mempunyai fobia atau ketakutan mereka yang tersendiri. Walaupun perkara itu dianggap normal bagi orang lain, tapi tidak bagi mereka. Menurut kajian, sepuluh (10) perkara di bawah ini adalah perkara yang membuatkan manusia berasa takut atau fobia.


10) Takut Doktor Gigi (Dentalphobia)


(Kredit: www.tep6.dk)

Takut terhadap doktor gigi bukan sahaja dihadapi oleh kanak-kanak; bahkan 9 hingga 20 peratus orang dewasa turut menghindari dalam melakukan pemeriksaan gigi walau sudah dalam keadaan serius sekalipun. Ketakutan ini timbul apabila plak gigi dibersihkan dan tidak semua orang boleh menahannya.


09) Takut Kilat dan Halilintar (Astraphobia)


(Kredit: lex.staticserver2.com)

Penderita akan merasa seperti menghentak jantung, bahkan membuat mereka berpeluh ketakutan apabila mendengar bunyi halilintar atau kilat. Ada di antara mereka yang lebih rela memilih untuk berpindah ke tempat yang selamat dari petir dan guruh. Namun, sebaliknya mereka perlu dilatih perasaan panik dan gelisah keraan kilat, halilintar, petir, guruh dan yang seumpama dengannya ada di semua tempat.


08) Takut Terbang (Aviophobia)


(Kredit: cdn.images.express.co.uk)

Ketakutan ini bukan dialami oleh orang kampung yang belum pernah menaiki kapal terbang; sebaliknya fakta menunjukkan bahawa 25 juta rakyat Amerika menderita akan penyakit ini. Hal ini terjadi kepada mereka sejak lahir atau mereka mungkin pernah mengalami kecelakaan sehingga mereka berasa trauma untuk menaiki kapal terbang lagi.


07) Takut Pada Orang Lain (Socialphobia)


(Kredit: orchardparkcounseling.com)

Selalunya orang yang takut pada orang lain mengalami merah muka secara tiba-tiba semasa bercakap di hadapan khalayak ramai, berpeluh, sukar bercakap, gagap atau sehingga sakit perut. Kekadang penyakit ini tidak semestinya semasa bercakap di hadapan umum; malah mereka juga mengalami kesukaran untuk makan dan minum di depan khalayak ramai. Gejala ini akan kelihatan apabila penderita memasuki usia baligh (remaja).


06) Takut Anjing (Cynophobia)


(Kredit: www.healthtopia.net)

Jangankan anjing besar seperti doberman, anjing kecil seperti poddle pun sudah cukup untuk menakutkan manusia. Kebanyakan penderita mengalami rasa takut digigit anjing, berkemungkinan besar berpunca daripada pengalaman pernah digigit atau melihat orang lain digigit oleh anjing.


05) Takut Ruangan Tertutup (Claustrophobia)


(Kredit: vignette1.wikia.nocookie.net)

Kebanyakan orang yang mengalami ketakutan ini merasakan sukar untuk keluar dan melarikan diri. Biasanya mereka takut berada di dalam lif, ruang dewan tertutup, pengangkutan awam, kereta, pusat membeli-belah, ruang olahraga tertutup, jambatan bahkan kapal terbang. Penderita biasanya tidak sukakan perjalanan atau berada di dalam kereta terlalu lama.


04) Takut Labah-Labah (Arachnophobia)


(Kredit: www.spring.org.uk)

Takutkan labah-labah adalah popular dari kalangan kaum wanita; bahkan empat (4) kali ganda lebih ramai berbanding lelaki. Menurut kajian oleh Carnegie Mellon University di Pittsburgh menyatakan bahawa bayi perempuan yang berusia 11 bulan mampu mengekspresikan ketakutan apabila melihat gambar labah-labah dan ular, sedangkan kaum lelaki tidak. Dalam teori evolusi, hal itu wajar. Kaum perempuan seringkali menemui labah-labah di dalam rumah, manakala lelaki ketika berada di luar rumah.


03) Takut Kegelapan (Achluophobia)


(Kredit: t15.deviantart.net)

Kebiasaan yang mengalami ketakutan ini adalah dari kalangan kanak-kanak. Mereka mempercayai imaginasi mereka bahawa di dalam kegelapan ada hantu, raksasa, penculik, perompak atau penyamun. Sungguhpun demikian, fobia ini akan beransur-ansur hilang, seiring dengan bertambahnya usia. Tetapi, jika sudah dewasa pun masih takutkan gelap, itu bermakna mereka menghidap penyakit Nyctophobia.


02) Takut Ketinggian (Acrophobia)


(Kredit: 4102aedi.files.wordpress.com)

Fobia ini juga banyak dialami oleh manusia. Menurut anggaran, sekitar 3 hingga 5 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia menderita ketakutan ini. Berdasarkan kajian, manusia yang menderita dengan ketinggian ini merasakan semua tempat tinggi berjarak lebih tinggi dari yang sebenarnya. Sebagai contoh, tinggi sebenar hanyalah 4 meter, tetapi bagi yang takut akan ketinggian merasakan tinggi sebanyak 10 meter dan sebagainya.


01) Takut Ular (Ophidiophobia)


(Kredit: www.thefinestwriter.com)

Fobia terhadap ular yang paling banyak ditemui dalam kalangan manusia. Selain boleh membawa maut, sejak dahulu lagi ular dianggap sebagai haiwan yang berbisa lagi menjijikkan; lebih-lebih lagi ia disamakan dengan syaitan oleh beberapa bentuk kepercayaan. Takut ular ini bersifat evolusi; iaitu diturunkan oleh nenek moyang manusia sejak zaman dahulu hingga kini. Ketakutan ini dikaitkan pada kemampuan nenek moyang manusia bertahan di alam sekitar.


Selalunya pembaca menghadapi fobia yang mana?


Sumber:
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur : Synergy Media. Hlm. 16-17.
  • Puspa, P. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 267-270.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook