Emas haram bagi kaum lelaki. (Kredit: Wylius, 2014) |
Apa-apa sahaja pakaian atau perhiasan yang mengandungi unsur emas adalah diharamkan bagi kaum lelaki, walaupun kandungannya adalah sedikit. Jika warna sahaja emas, tetapi tidak memiliki unsur emas di dalamnya, maka ia dibolehkan mengikut pendapat para ulama’ kerana ia sememangnya bukanlah emas yang sebenar.
Berdasarkan kesimpulan oleh para ahli kimia, partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam salur darah manusia; seterusnya memberi impak yang buruk terhadap ketahanan badan serta menjejaskan kesihatan sang pemakai. Namun, pemakaian emas ini dibolehkan bagi kaum wanita berbanding kaum lelaki disebabkan oleh kondisi dan tekstur kulit.
Menurut kajian dermatologi, penyerapan partikel emas ke dalam kulit manusia dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi (alkali). Kulit lelaki memiliki pH kulit yang lebih tinggi berbanding wanita. Maka, kulit lelaki lebih cepat menyerap partikel emas berbanding wanita.
Adapun bagi kaum wanita, pemakaian pakaian atau perhiasan emas tidak membahayakan mereka kerana mereka memiliki hormon estrogen yang membantu dalam peredaran darah. Kepekatan hormon ini lebih tinggi, terutamanya semasa haid. Jadi, salur darah akan mengembang serta membesar bagi keselesaan pengaliran dan pengeluaran darah. Partikel emas juga tidak akan mengakibatkan pengumpulan protein pada salur darah dalam kulit wanita dan akan keluar bersama darah haid.
Adapun bagi hormon estrogen lelaki sangat sedikit dan statik. Maka tidak ada pengembangan salur darah. Jadi, apabila partikel emas menembusi kulit mereka, maka ia akan membantu dalam penyumbatan saluran darah lelaki. Ini akan mengakibatkan masalah kardiovaskular bagi lelaki. Oleh sebab itu, Islam mengharamkan lelaki memakai apa-apa barangan, pakaian atau perhiasan emas kerana mudaratnya pada mereka yang begitu banyak.
Sumber:
- Rosminah, B. (2014). Larangan Lelaki Memakai Emas. Majalah Infiniti Edisi ke-61 (hlm. 38-41). Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn. Bhd.