The Undertaker. Nama sebenar Mark William Callaway. Baru sahaja bersara dari WWE pada April yang lalu. Tapi beliau bukan penjaga kubur yang sebenar (Kredit: sportskeeda.com). |
Deab Saiqly, seorang lelaki dari Beirut, Lubnan sangat gemar meluangkan masanya untuk berselfie dengan mayat-mayat, termasuklah berselfie bersama arwah ibunya (gambar). Hanya gambar Bersama ibunya sahaja yang disimpan. Beliau pernah dihantar berjumpa dengan pakar sakit jiwa; namun tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa beliau gila.
Deab berselfie bersama arwah ibunya (Kredit: 24heuresactu.com). |
Deab bekerja sebagai penjaga kubur (The Undertaker). Beliau dikatakan sangat suka tinggal di tanah perkuburan kerana merasakan kedamaian tinggal di situ. Walaupun pernah dilamar oleh seorang wanita Amerika, Deab menolaknya kerana enggan meninggalkan tanah perkuburan itu.
Sanggupkah anda untuk tinggal bersama mayat di kawasan tanah perkuburan seperti Deab?
Sumber:
- Nurul Fadhlin, C.I. (2015). Selfie Bersama Arwah Ibu. Majalah Infiniti Edisi ke-68. Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn. Bhd. (hlm. 51).