Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 7 Ogos 2017

Fakta Tentang Fenomena Gerhana Separa 8 Ogos 2017

0 comments
Gerhana Bulan Separa (Australia witnesses partial lunar eclipse, 2012).
  • Gerhana Bulan Separa berlaku apabila sebahagian daripada cahaya Matahari yang jatuh pada permukaan Bulan, telah terlindung oleh jasad Bumi (Shahrin, 2017).
  • Permukaan Bulan tidak dilindungi sepenuhnya oleh Bumi
  • Berikut adalah fasa-fasa gerhana Bulan separa menurut data yang diperoleh dari timeanddate:
    • 7 Ogos, 11.50 pm: Permulaan masuk bayang-bayang penumbra
    • 8 Ogos, 1.22 am: Permulaan masuk bayang-bayang umbra. Gerhana separa bermula
    • 8 Ogos, 2.20 am: Kemuncak Fasa Gerhana Bulan Separa
    • 8 Ogos, 3.18 am:  Tamat gerhana separa. (Bulan sudah keluar dari bayang-bayang umbra)
    • 8 Ogos, 4.50.56 am: Tamat gerhana penumbra (Bulan sudah keluar dari kawasan bayang-bayang penumbra)
  • Fasa gerhana separa ketika Bulan berada di dalam bayang-bayang umbra ialah selama 1 jam 55 minit.
  • Bulan akan berada tegak dan sedikit ke arah barat, ketika bermulanya fasa gerhana separa.
  • Bulan akan berada di kawasan buruj Capricornus.
  • Pada fasa gerhana separa, Bulan tidak akan kelihatan kemerahan; sebaliknya sebahagian kecil permukaan Bulan akan kelihatan 'terpotong'.
  • Gerhana separa (dan juga gerhana penuh) boleh dilihat dengan mata kasar. 
Posisi Matahari, Bumi dan Bulan ketika gerhana Bulan (Sumber: conservationinstitute.org)


Buruj Capricornus (Sumber: Seasky.org)

Sumber: 

Shahrin, A. (9 Julai 2017). Gerhana Bulan Separa – 8 Ogos 2017. Diperoleh    dari FalakOnline: http://falakonline.net/semesta/2017/07/gerhana-bulan-  separa-8-ogos-2017/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook