Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 24 Ogos 2017

Bandar Terkecil di Dunia

0 comments
(Kredit: www.total-croatia-news.com)

Jika bandar terbesar di dunia jatuh kepada megapolis Tokyo, bandar terkecil pula adalah pekan Hum, terletak 7 km dari Roč di bahagian tengah Istria, barat laut Croatia. Hal ini berdasarkan Guinness World Record. Bandar Hum dipercayai berusia sekitar 1000 tahun. Melihat akan struktur bangunan dalam pekan ini, tidak ubah seperti struktur bangunan pada zaman pertengahan. Tidak ada sebarang pembaharuan dalam pekan ini, dan keasliannya masih terjaga. Menariknya, dinding kota ini terpelihara, serta memiliki dua (2) jalan dan tiga (3) baris rumah. Populasi bagi pekan ini hanya sekitar 17 hingga 23 orang sahaja.

Gambar-gambar di bawah dipetik dari Wikipedia, berkenaan beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati ketika berada di sini.

Menara Jam

Sebuah lorong di pekan Hum

Kawasan perumahan di pekan Hum

Bahagian hadapan pekan Hum

Stesen kereta api

Gereja Paroki Assumption of Mary


Sumber:
  • Hum, Croatia. Dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Hum,_Croatia.
  • Hum – the smallest town in the world. (2013). Diperoleh dari http://www.adriatic.hr/en/blog/hum-the-smallest-town-in-the-world/328
  • Yelena. (2012). VISIT THE SMALLEST TOWN IN THE WORLD – HUM. Diperoleh dari http://www.croatia-times.com/the-istria-times/visit-the-smallest-town-in-the-world-hum/
  • Hum - the smallest city in the world. Diperoleh dari http://www.coloursofistria.com/en/destinations/istria/hum-the-smallest-city-in-the-world.
  • Terry. (2010). Hum, Croatia. Diperoleh dari http://terry-uniqueplaces.blogspot.my/2010/04/hum-croatia.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook