Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 23 Ogos 2017

Fakta Tentang Bumi Bulat atau Leper

0 comments
Kredit: testingtheglobe.com
Seorang tokoh Melayu, Panglima Awang pernah menyumbang dalam pengembaraan mengelilingi dunia bersama kapten dari Portugis, Ferdinand de Magellan. Tidak ramai yang mengenali tokoh ini, kerana jasa dan sumbangannya telah disembunyikan oleh Barat. Berikut adalah kisah pengembaraan beliau dan bagaimana beliau menemui bahawa Bumi tidak ada penghujung seperti yang difahami oleh para pelayar pada zaman beliau.
Panglima Awang, tokoh yang dilupakan
(Kredit: www.pendidik.com.my).
Pada tahun 1511, selepas Portugis menakluk Melaka, Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka disumbat ke dalam kapal besar Portugis, dipercayai untuk dijual sebagai hamba selain dibawa pulang ke Portugal. Setibanya di Lisbon, beliau telah dibeli oleh kapten kapal berkenaan; Ferdinand de Magellan. Beberapa tahun kemudian, Ferdinand membawa Awang belayar mengelilingi dunia untuk mencari Tanah jajahan baru dan harta kepada pemerintah Sepanyol; Raja Charles I. Mereka diarahkan oleh Pope supaya belayar ke arah Barat yang ketika itu masih belum pernah dijelajahi.
Ferdinand de Magellan
(Kredit: lh6.googleusercontent.com)
Pada tahun 1519, mereka meninggalkan pelabuhan Seville dan Berjaya menjejaki benua baru di Amerika Selatan, yang mana pelayaran itu menemui Selat Magalles, sempena nama Ferdinand. Kemudian, Ferdinand terus belayar ke arah Barat dengan sokongan Awang. Pada masa itu, para kelasi berfikiran bahawa Bumi itu leper, dan mereka khuatir akan terjatuh ke bawah dunia.
Pelayaran mereka walaubagaimanapun, diteruskan dan memasuki Lautan Pasifik dan kapal mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina pada pertengahan tahun 1521. Apabila melihat akan budaya dan bahasa pertuturan di kepulauan itu, Panglima Awang dan Ferdinand semakin pasti bahawa Bumi sebenarnya berbentuk bulat, dan bukan leper. Dengan itu mereka berjaya menembus kembali pengembaraan ke arah Timur.
Pelayaran Panglima Awang dan Ferdinand
(Kredit: www.fofweb.com)
Mereka gembira dengan penemuan itu, dan mereka dikatakan telah melepaskan bedilan meriam sebagai tanda keraian, tetapi tindakan mereka itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang. Akhirnya, Ferdinand dan anak kapalnya mati dibunuh sementara Panglima Awang dan beberapa anak kapal yang lain terselamat dan melarikan diri ,kembali ke Sepanyol.
Setibanya di Sepanyol, mereka memaklumkan kepada Raja Charles I tentang pengembaraan mereka, kisah mereka diserang serta pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur. Malangnya, pengiktirafan sejarah penemuan ini diberikan kepada Ferdinand, kerana Panglima Awang berbangsa asing sungguhpun beliau yang menyelesaikan pengembaraan ini; sedangkan Ferdinand gagal dan mati di Cebu. Hal ini membuatkan jasa Panglima Awang tidak diketahui, termasuk oleh orang Melayu sendiri.
Selepas peristiwa itu, tiada lagi orang yang mempertikaikan bahawa Bumi ini bulat dan tiada penghujungnya. Sekarang, fahaman Bumi leper kembali wujud, dan ini telah menimbulkan lagi kekeliruan dalam kalangan umat manusia.
Peta Anaximander
(Kredit: upload.wikimedia.org)
Sebenarnya, Anaximander adalah orang pertama yang menafikan Bumi ini leper pada tahun 560 SM, dengan mengemukakan hujahnya berkenaan Bumi ini bulat. Selain itu, beliau juga antara yang dipercayai sebagai tokoh pertama yang melukis peta dunia. Peta yang dihasilkan beliau menunjukkan kawasan daratan lebih banyak dan luas berbanding peta zaman sekarang. Tambahan lagi, semua benua daratan bersambung antara satu sama lain. Peta beliau yang agak tepat adalah di sekitar Laut Mediterranean. Walaupun pendapat beliau tentang Bumi bulat disangkal oleh golongan cendekiawan dan golongan agama, akhirnya sedikit demi sedikit teori itu mendapat sokongan masyarakat.
Pandangan ulama' Islam pula berbeza dengan saintis Yunani kerana mereka menghuraikan makna dan kandungan yang terdapat di dalam al-Quran, manakala saintis Yunani pula hanya mengikut sangkaan. Dalam ayat 38 hingga 40 surah Yasin menceritakan bahawa semua objek di cakerawala berputar pada peredarannya. Contoh, Bumi beredar mengelilingi Matahari dalam setahun, Bulan mengelilingi Bumi dalam sebulan serta planet-planet lain semuanya beredar mengelilingi Matahari.
Di dalam ensiklopedia Almangest, orang Yunani berpendapat bahawa Bumi adalah pusat alam semesta yang tidak berubah kedudukannya. Pendapat ini lebih diterima oleh mereka walaupun ada yang berpegang pada pendapat bahawa Matahari sebagai pusat alam semesta.
Meskipun demikian, pendapat bahawa Bumi itu bulat lebih diterima oleh masyarakat sedunia; bahkan ia mendapat sokongan para saintis serta ijmak ulama'. Tidak dinafikan, masih ada sesetengah ulama', saintis serta tokoh-tokoh penting yang berpegang bahawa Bumi adalah leper.
Wallahua'lam.
Sumber:
  • Nasron, S.R. (2014). Oh, Baru Tahu Uniknya Dunia Kita. Shah Alam: Alaf 21. Hlm. 222-223, 256-257.
  • Zul Hilmei, M.R. (2017). Fakta Saintifik Surah Yasin. Batu Caves: Must Read. Hlm. 84-85.
  • Majalah Infiniti Edisi ke-66 (November 2014). Kuala Lumpur: Utusan Karya. Hlm. 8.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook