Dalam tajuk sebelumnya, dinyatakan bahawa gunung tertinggi di dunia adalah Mauna Kea, bukan Gunung Everest. Tetapi, ada satu kenyataan yang lebih tepat untuk menyatakan berkenaan Gunung Everest. Gunung Everest adalah puncak tertinggi di dunia. Bukan gunung, tetapi puncak, kerana ketinggiannya dikira dari paras laut yang berbeza dengan Mauna Kea dari dasar laut.
Gunung Everest terletak di banjaran Himalaya di antara Nepal dengan Tibet, China. Di Nepal, Everest dipanggil sebagai Sagarmāthā, manakala di Tibet, Everest disebut Chomolungma. Gunung Everest memiliki puncak tertinggi di dunia yang berketinggian 8,848 meter dari paras laut.
Secara kasarnya, puncak Everest mengambil masa sekitar 40 hari untuk ditawan. Ini adalah kerana masa perlu diambil untuk menyesuaikan tubuh badan dengan ketinggian gunung berkenaan.
Sumber:
- All You Need to Know About Mount Everest. Diperoleh dari: http://www.everestian.com/mt-everest-en.html