![]() |
Stesen Kereta api Taiping |
Stesen kereta api pertama di Malaysia adalah stesen kereta api Taiping, Perak. Bermulanya sistem kereta api di Malaysia pada 1 Jun 1885 yang menyambungkan bandar Taiping dengan Port Weld (Kuala Sepetang) sejauh 12.8 km. Sistem jalan kereta api pertama ini dibuka secara rasminya oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak pada masa itu. Sistem jalan kereta api dibina pada asalnya bertujuan untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan Larut dengan pelabuhan Port Weld, iaitu pelabuhan yang terdekat dari Taiping.
Dalam stesen kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat serta kaunter tiket. Sekarang, di situ dijadikan kedai kopi. Sungguhpun demikian, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula. Kesemua rel landasan di situ sudah dibuka dan dibina bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang. Rel landasan di situ juga dijadikan pasar basah.
Saki baki stesen kereta api Port Weld yang masih ada |
![]() |
Sir Hugh Low |
![]() |
Port Weld |
Sumber:
- Rahadian, R. (n.d.). Buku Fakta Pelajar: 1001 Fakta Luar Biasa di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. m/s: 45.
- M. Azis, N. (2008). Jasa Port Weld Dilupakan. Dipetik dari: https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=388362