Mauna Kea |
Bila disebut "gunung tertinggi di dunia", pasti ramai yang menyatakan bahawa ianya adalah Gunung Everest di banjaran Himalaya, Asia. Noktah. Tetapi sebenarnya bukan. Percaya atau tidak, gunung tertinggi di dunia bukanlah Gunung Everest; sebaliknya Gunung Mauna Kea yang terletak di kepulauan Hawaii, Amerika Utara.
Mauna Kea, jika dikira ketinggian dari aras laut sahaja sudah mencapai 4,205 meter. Akan tetapi, dasar Mauna Kea yang sebenarnya terletak di bawah paras laut; sedalam 6,000 meter! Jika ditambah, ketinggian sebenar Mauna Loa adalah 10,205 meter! Ianya jauh lebih tinggi berbanding Gunung Everest yang berketinggian 8,848 meter dari paras laut, dan tidak ada bahagian di dasar laut. Kenyataan ini dikeluarkan oleh United States Geological Survey (USGS). Jadi, kenyataan bahawa Gunung Everest adalah gunung tertinggi di dunia adalah tidak tepat sama sekali.
Salah sebuah pulau di Hawaii |
Di Hawaii, Mauna Kea bermaksud "Gunung Putih" yang mana puncaknya diliputi salji menarik para pemain ski dan peluncur salji. Ia terletak berhampiran garisan khatulistiwa dan menjadi laman perhatian astronomi terbaik. Mauna Kea menjadi tumpuan bagi 13 buah teleskop, termasuk teleskop Keck Interferometer, teleskop cermin tunggal terbesar di dunia.
Keck Interferometer di puncak Mauna Kea |
Kepulauan Hawaii terletak berhampiran Garisan Khatulistiwa |
Sumber:
- Sharapova, I. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Ekosistem Terunik di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. m/s: 12.