Kota Darul Ehsan, Selangor |
Selangor bukan negeri terkaya di Malaysia; sebaliknya Selangor adalah negeri yang memiliki ekonomi tertinggi di Malaysia. Kadar ekonomi dikira mengikut GDP sesebuah negara atau negeri. Selangor di tangga teratas dengan GDP RM239,968,000,000 ($56,113,176,663.16). GDP Selangor mendahului negeri terkaya di Malaysia; Kuala Lumpur yang mana memiliki GDP RM160,388,000,000 ($37,504,501,344.56).
Namun, disebabkan faktor populasi menyebabkan Selangor jatuh di tangga ke-5 negeri terkaya di Malaysia dengan GDP RM42,611 (S9963.99) per kapita setahun. Selangor dan KL merupakan penyumbang utama dalam sektor perkhidmatan di Malaysia yang mana kedua-dua negeri ini apabila digabungkan sebanyak 49.9%. Selain itu, Selangor dan KL juga menjadi penyumbang utama dalam sektor pembinaan yang mana apabila mereka bergabung menjadi 56.2%.
Selangor, luaskan kilangmu. Pernah terbaca atau terdengar ayat ini? Sesuai dengan kadar ekonomi di negeri berkenaan.
Sumber:
- http://www.epu.gov.my/sites/default/files/2.6.2.pdf
- S'gor tops GDP contribution to national economy. Diperoleh dari: http://www.malaysiakini.com/news/317835