Beijing, China |
Negara China terkenal dengan negara yang memiliki ekonomi terbesar di dunia, sekaligus meletakkannya sebagai negara yang memiliki ekonomi terbesar di Asia. Sebenarnya ada dua kaedah bagi menentukan GDP sesebuah negara; nominal dan pariti kuasa membeli (PPP). GDP PPP. Dari segi nominal, Amerika Syarikat memiliki ekonomi terbesar di dunia. Antara nominal dengan PPP, ianya kekadang bergantung kepada mana satu yang anda gunakan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh IMF yang bertarikh 23 April 2017, China memiliki ekonomi terbesar dari sudut PPP dengan jumlah $23,194,411,000,000,sedangkan Amerika Syarikat di tempat kedua dengan GDP PPP sejumlah $19,417,144,000,000. Namun begitu, dari sudut nominal pula, AS jauh lebih tinggi berbanding China dengan jumlah $19,417,144,000,000; sedangkan China sebanyak $11,795,297,000,000. Sungguhpun demikian, menurut forum Quora, GDP PPP adalah lebih sesuai. Jadi ekonomi China adalah yang terbesar di dunia.
Walaupun China memiliki ekonomi yang besar, tetapi taraf hidup mereka tidaklah sehebat Amerika Syarikat, berikutan China memiliki populasi yang terlalu ramai. Jadi GDP per kapita mereka agak rendah berbanding AS yang berada dalam senarai 20 negara terkaya di dunia. China memiliki kekayaan ~$16,000 GDP per kapita, manakala AS memiliki kekayaan ~59,000 GDP per kapita setahun.
Sumber:

- List of Countries by Projected GDP. (23 April 2017). Dipetik dari: http://statisticstimes.com/economy/countries-by-projected-gdp.php
- List of Countries by Projected GDP per capita. (7 Jun 2017). Dipetik dari: http://statisticstimes.com/economy/countries-by-projected-gdp-capita.php