Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 17 Jun 2017

Negara yang Memiliki Ekonomi Terbesar di Eropah

0 comments
Berlin, Jerman
Jerman berada di tangga ke-5 negara yang memiliki ekonomi terbesar di dunia, dan merupakan negara yang memiliki ekonomi terbesar di Eropah, setakat ini. Sekali lagi diingatkan bahawa ranking yang diambil ini adalah berdasarkan kepada GDP PPP, bukan nominal. Dari sudut PPP, Jerman mencatat GDP sebanyak $4,134,668,000,000 setahun, manakala dari sudut nominal, Jerman berada di tangga ke-4 dengan GDP sebanyak $3,423,287,000,000. 


Selain itu, Jerman juga termasuk dalam 20 negara terkaya di dunia. Jerman berada di tangga ke-19 terkaya dengan GDP sebanyak $48,189 per kapita. Ekonomi di Jerman terkenal adalah berupa eksport jentera, kenderaan, peralatan rumah, serta bahan kimia. Di Jerman terdapat banyak tenaga kerja yang mahir; namun, negara ini terpaksa menghadapi cabaran yang tidak terkira banyaknya pada masa-masa akan datang, yang mana cabaran ini datangnya daripada Brexit (British-Euro) dan juga krisis pelarian terutamanya pelarian dari Syria.


Sumber:
  • RANKED: The 30 richest countries in the world. Diperoleh dari: http://www.businessinsider.my/the-richest-countries-in-the-world-2017-3/13/#ECrQ4d229dlL4ADq.99
  • 3 Economic Challenges Germany Faces in 2016. Dipetik dari: http://www.investopedia.com/articles/investing/122115/3-economic-challenges-germany-faces-2016.asp
  • The World's Top 10 Economies. Diperoleh dari: http://www.investopedia.com/articles/investing/022415/worlds-top-10-economies.asp
  • List of Countries by Projected GDP. Diperoleh dari: http://statisticstimes.com/economy/countries-by-projected-gdp.php

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook