Menurut riwayat, pernah suatu ketika seorang bani Quraisy datang bertemu Rasulullah SAW untuk bertanyakan kepada baginda mengenai tiga perkara; mengenai roh, Ashabul Kahfi dan Iskandar Zulkarnain. Lalu baginda berkata bahawa baginda akan menjawabnya pada esok hari, tetapi baginda tidak mengucapkan Insya Allah. Pada keesokan hari, wahyu lambat sampai kepada Nabi SAW disebabkan perkara sedemikian. Maka baginda tidak dapat menjawab persoalan bani Quraisy tersebut. Oleh itu, turunlah perintah Allah dalam surah al-Kahfi, ayat 23 hingga 24 supaya mengucap Insya Allah lebih baik daripada berjanji melakukan sesuatu pada keesokan hari.
Kisah ini menjadi pengajaran buat umat Islam ketika berjanji terhadap sesuatu perkara. Tiada siapa yang boleh meramalkan apa yang akan berlaku pada keesokan hari melainkan semuanya di bawah pengetahuan dan izin Allah SWT.
Wallahua'lam.
Sumber:
- Dipetik daripada tafsiran al-Quran terjemahan