Adakah anda mengenali seekor haiwan yang pergerakannya cukup lambat? Ianya dikenali sebagai Sloth Berkuku Tiga. Pergerakannya cukup lambat; iaitu selaju 0.134 sentimeter sesaat sahaja. Sloth tidak akan bergerak lebih dari 30 meter dalam sehari. Ianya hanya banyak terikat dengan tempat-tempat yang unik. Sloth hanya menghabiskan masa hayatnya dengan bergantung pada dahan pokok. Ia boleh ditemui di hutan hujan tropika di Amerika. Sloth biasanya memakan daun dan hanya menggunakan sedikit tenaga, sesuai dengan pergerakannya yang terbatas.
Sloth sesuai dengan kemalasan. Tetapi haiwan ini sebenarnya rajin. Sloth terbahagi kepada dua; berkuku dua (Megalonychidae) dan berkuku tiga (Bradypodidae). Sloth Berkuku Tiga ini adalah dari jenis Bradypus. Terdapat 4 jenis Sloth Berkuku Tiga yang biasanya ditemui di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Antaranya; Sloth Bertekak Coklat, Maned Sloth, Sloth Bertekak Pucat dan Sloth Pigimi. Sloth Bertekak Coklat (Bradypus variegatus) adalah salah satu yang paling popular.
Sumber:
- Top 10 Slowest Animals In The World. Diperoleh dari: http://dailynewsdig.com/top-10-slowest-animals-in-the-world/
- Top 10 slowest animals in the world. Diperoleh dari: https://themysteriousworld.com/top-10-slowest-animals-in-the-world/