Finland, adalah sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Hal ini dikira berdasarkan kadar gred yang dicapai oleh negara berkenaan. Finland mencatat gred tertinggi; iaitu 6.7. Selain itu, negara terkaya di dunia, Qatar dan Singapura turut berada di carta 10 terbaik yang mana masing-masing memperoleh 5.8 dan 6.1. Qatar di tangga ke-6 dan Singapura di tangga ke-4.
Berikut adalah fakta-fakta berkenaan sistem pendidikan Finland, dan bagaimanakah mereka memperolehi gred tertinggi di dunia.
- Mereka tidak akan mula bersekolah sehingga mereka berusia 7 tahun
- Mereka jarang mengambil peperiksaan atau diberikan kerja sekolah sehingga mereka mencapai usia remaja
- Anak-anak tidak dikira pada enam tahun pertama pendidikan mereka.
- Hanya ada satu ujian standard mandatori di Finland diadakan sewaktu usia mereka 16 tahun
- Semua anak, tidak kira cerdik atau lembap diajar sama di dalam kelas
- Finland membelanjakan kira-kira 30% kurang bagi setiap pelajar berbanding Amerika Syarikat.
- 30% daripada kanak-kanak menerima bantuan tambahan sewaktu sembilan tahun pertama di sekolah.
- 66% pelajar pergi ke kolej (Paling tinggi di Eropah)
- Tiada bezanya antara pelajar hebat dengan pelajar lemah
- Kelas sains adalah dihadkan kepada 16 orang pelajar supaya mereka boleh melaksanakan eksperimen praktikal bagi setiap kelas.
- 93% graduan sekolah tinggi (17.5% lebih tinggi berbanding AS)
- 43% pelajar sekolah menengah pergi ke sekolah vokasional.
- Pelajar sekolah rendah mendapat 75 minit rehat sehari dalam Finland berbanding purata 27 minit di Amerika Syarikat.
- Guru hanya menghabiskan 4 jam sehari di dalam kelas, dan mengambil masa 2 jam seminggu untuk "pembangunan profesional".
- Finland mempunyai jumlah guru yang sama seperti di New York, tetapi jumlah pelajar jauh lebih kecil. Finland mempunyai 600,000 pelajar, manakala New York seramai 1.1 juta pelajar.
- Sistem sekolah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
- Semua guru di Finland mesti memiliki Ijazah Sarjana, yang disubsidi sepenuhnya.
- Kurikulum kebangsaan hanya garis panduan yang luas.
- Guru-guru yang dipilih daripada graduan 10% teratas.
- Pada tahun 2010, 6,600 pemohon bersaing untuk 660 slot latihan sekolah rendah
- Purata gaji permulaan bagi guru adalah $29,000 pada tahun 2008 berbanding $36,000 di AS
- Walau bagaimanapun, guru-guru sekolah tinggi dengan 15 tahun pengalaman melakukan 102% daripada apa yang graduan kolej lain lakukan, berbanding 62% di AS
- Tiada gaji merit untuk guru
- Guru diberikan status yang sama seperti Doktor dan Peguam
- Dalam pengukuran standard antarabangsa pada tahun 2001, kanak-kanak Finland mendapat tempat teratas atau hampir dalam bidang sains, membaca dan matematik.
- Walaupun terdapat perbezaan antara Finland dan Amerika Syarikat, ia mudah mengalahkan negara yang memiliki demografi yang sama.
Bagaimana pula dengan sistem pendidikan di negara kita, Malaysia?
Sumber:
- The 11 best school systems in the world. Diperoleh dari: http://www.businessinsider.my/wef-ranking-of-best-school-systems-in-the-world-2016-2016-11/12/#Keb1HWU4kE4ZFXMo.99
- 26 Amazing Facts About Finland's Unorthodox Education System. Diperoleh dari: http://www.businessinsider.com/finland-education-school-2011-12?IR=T&_ga=2.144617653.1432175959.1497837083-2080013748.1496695471&r=US&IR=T/#finnish-children-dont-start-school-until-they-are-7-1
- The 11 best school systems in the world. Diperoleh dari: http://www.independent.co.uk/news/education/11-best-school-systems-in-the-world-a7425391.html